• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa “Phone Scam” Sanggup Jual Barang Kemas Ibu

oleh Mohd Arshad
27/06/2025
dalam Terkini
0
Mangsa “Phone Scam” Sanggup Jual Barang Kemas Ibu
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT: Seorang mangsa “phone scam” sanggup bertindak menjual barang kemas milik ibunya kerana takut namanya dikaitkan dengan kes penggubahan wang haram serta dadah.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes “phone scam” menyamar sebagai pegawai polis, semalam.

Katanya, mangsa wanita berumur 19 tahun adalah seorang penganggur menjadi mangsa penipuan secara panggilan telefon sehingga mengalami kerugian sebanyak RM 62,000.

“Berdasarkan keterangan mangsa, dia menerima panggilan telefon dari HQ Touch n Go Kuala Lumpur melalui telefon ayahnya ketika berada di rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

“Dia dimaklumkan bapanya mempunyai saman berjumlah RM 25,000 berkaitan akaun Touch N Go milik ayahnya.

“Panggilan berkenaan disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan mangsa bercakap dengan suspek untuk urusan laporan polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, suspek kemudian bertindak memeriksa nombor kad pengenalan mangsa dan memaklumkan akaun Maybank miliknya dibuka atas nama mangsa terbabit kes penggubahan wang haram serta dadah.

“Suspek meminta mangsa membayar RM 60,000 jika mahu membersihkan namanya.

“Oleh kerana percaya serta takut mangsa mengikuti segala arahan sehingga sanggup menjual barang kemas ibunya untuk mendapatkan wang,” katanya.

Katanya, mangsa bagaimanapun rasa ditipu dan datang ke balai untuk buat laporan polis bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun dengan sebatan dan juga denda.

“Orang ramai diminta lebih berwaspada tidak menekan sebarang pautan ‘link’ yang mencurigakan atau berhati-hati menjawab panggilan telefon dari individu tidak dikenali,” katanya.

BHonline-

Tags: barang kemasphone scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Gadis Rugi RM4,000 Serah Barang Kemas Tanpa Sedar

Gadis Rugi RM4,000 Serah Barang Kemas Tanpa Sedar

16/11/2024
0

KUANTAN - Seorang pekerja sebuah kedai barangan kosmetik kerugian kira-kira RM4,000 selepas diperdaya wanita tidak dikenali sehingga menyerahkan barang kemas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd