• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tak Hirau Gesaan Trump Untuk Tidak Hadir Sidang PBB

oleh Mohd Arshad
13/06/2025
dalam Antarabangsa
0
Malaysia Tak Hirau Gesaan Trump Untuk Tidak Hadir Sidang PBB
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak menghiraukan gesaan Amerika Syarikat (AS) yang melobi negara asing supaya tidak menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan yang dianjurkan bersama oleh Perancis dan Arab Saudi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan, mana-mana negara berhak untuk hadir bagi menyatakan pandangan masing-masing.

“Mana-mana negara berhak hadir untuk mengemukakan pandangan mereka terutama keadilan bagi rakyat Palestin dan Gaza. Itu pandangan kita.

“Jadi saya menyokong inisiatif dalam hal ini oleh Putera Mahkota Mohamed bin Salman dan juga Presiden Perancis, (Emmanuel) Macron,” katanya ditemui media selepas solat Jumaat di Masjid Azzubair Ibnul Awwam di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, AS dipimpin Doland Trump sedang melobi negara-negara asing supaya tidak menghadiri persidangan PBB minggu depan yang dianjurkan bersama oleh Perancis dan Arab Saudi.

Persidangan dijadual berlangsung di New York dari 17 hingga 20 Jun, dengan fokus utama terhadap penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Malaysia akan menghantar wakil untuk hadir ke persidangan itu nanti.

“Ada (wakil Malaysia tapi) bukan saya,” katanya ringkas.

Satu laporan eksklusif dikeluarkan agensi berita antarabangsa, menyatakan bahawa pentadbiran Trump sudah menghantar mesej diplomatik bertarikh 10 Jun lalu kepada pemerintah di merata dunia mengenai perkara itu.

AS berkata, negara-negara yang mengambil tindakan anti-Israel selepas persidangan berkenaan akan dianggap juga sebagai menentang kepentingan dasar luar AS dan boleh berdepan tindakan diplomatik dari Washington.

Ia menambah bahawa Amerika menentang sebarang langkah yang akan mengiktiraf negara Palestin secara sepihak.

BHonline-

Tags: Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Na’imah Dinafi Hak Dapatkan Kepastian Kedudukan Undang-undang: Peguam

Next Post

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Related Posts

Malaysia Pertahan Hak Iran Serang Balas Israel – PM

Malaysia Pertahan Hak Iran Serang Balas Israel – PM

15/06/2025
0

LUMUT - Malaysia mempertahankan kedaulatan dan hak Iran untuk bertindak balas terhadap serangan dilakukan rejim Israel yang disifatkan sebagai biadab...

Malaysia Kesal Dengan Kegagalan Berulang Majlis Keselamatan PBB Bertindak Terhadap Situasi Di Gaza

Malaysia Kesal Dengan Kegagalan Berulang Majlis Keselamatan PBB Bertindak Terhadap Situasi Di Gaza

05/06/2025
0

PUTRAJAYA: Malaysia amat kesal dan kecewa terhadap kegagalan berulang kali Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menerima pakai resolusi...

Next Post
Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd