• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Utara Kutuk Serangan AS

oleh Mohd Arshad
23/06/2025
dalam Antarabangsa
0
Korea Utara Kutuk Serangan AS
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap kepentingan keselamatan dan hak kedaulatan negara, lapor media rasmi negara itu.

Kementerian Luar Korea Utara berkata, AS dan Israel punca ketegangan semasa di Asia Barat akibat ‘langkah perang tanpa henti dan peluasan wilayah’ serta digalakkan negara Barat.

“(Korea Utara) mengecam sekeras-kerasnya serangan AS ke atas Iran yang secara ganas mencabul keutuhan wilayah dan kepentingan keselamatan negara berdaulat.

“Kami menyeru masyarakat antarabangsa yang cintakan keadilan agar menyuarakan kecaman dan penolakan sebulat suara terhadap tindakan konfrontasi ASdan Israel,” kata jurucakap yang tidak dinamakan dalam kenyataan disiarkan agensi berita KCNA.

Iran dan Korea Utara menjalin hubungan mesra sejak sekian lama dan selama beberapa dekad disyaki bekerjasama dalam bidang ketenteraan, termasuk pembangunan peluru berpandu balistik.

Pada 2021, panel pakar pemantau sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang sudah dibubarkan melaporkan, kedua-dua negara itu menyambung semula kerjasama dalam projek pembangunan peluru berpandu jarak jauh, termasuk pemindahan komponen penting.

Bagi Ankit Panda dari Carnegie Endowment for International Peace yang berpangkalan di AS, berkata Pyongyang mungkin mampu memberi bantuan penting kepada Iran untuk membina semula fasilit pengeluaran peluru berpandu yang musnah, termasuk di lokasi baharu bagi mengelak pemantauan.

Namun, katanya, persoalan sama ada kedua-dua negara berminat bekerjasama membina semula atau mempercepat program senjata nuklear Iran masih belum pasti, memandangkan sensitiviti politik dan ketenteraan terhadap teknologi sedemikian.

Beliau berkata, Pyongyang bagaimanapun memiliki pengalaman luas dalam persenjataan dan mungkin dapat membantu dalam komponen nuklear bukan pembelahan, seperti bahan letupan konvensional.

“Ada perkara tertentu berkaitan reka bentuk senjata yang Korea Utara tidak mahu sebarkan kerana sebaik sahaja berada di tangan Iran, ia mungkin dapat dikesan AS dan berpotensi membantu AS melemahkan keupayaan pencegahannya,” katanya.

Korea Utara mengambil langkah luar biasa sepanjang tahun lalu, untuk memperhebat bantuan ketenteraan kepada Russia dengan menghantar ribuan tentera serta peluru berpandu balistik dan senjata lain untuk digunakan dalam peperangan di Ukraine, menurut sumber risikan AS, Ukraine dan negara lain.

BHonline-

Tags: Amerika SyarikatIranIsraelKorea Utara
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

29/03/2026
0

RIYADH: Iran dilaporkan berjaya melancarkan serangan tepat menggunakan peluru berpandu dan dron ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Arab...

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

29/03/2026
0

Oleh Mynewshub Realiti Atau Perang Persepsi? Ketegangan di sempadan selatan Lubnan terus memuncak apabila kumpulan Hezbollah mendakwa telah berjaya memusnahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd