• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan Tangkis Tuntutan Asing Ke Atas Sabah Bukti Kedaulatan Negeri Kekal Utuh – Hajiji

oleh Mohd Arshad
21/06/2025
dalam Terkini
0
Kejayaan Tangkis Tuntutan Asing Ke Atas Sabah Bukti Kedaulatan Negeri Kekal Utuh – Hajiji
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Kejayaan menangkis tuntutan asing ke atas Sabah membuktikan kedaulatan negeri ini kekal utuh di bawah Persekutuan Malaysia, sekali gus memberi keyakinan serta kelegaan kepada seluruh rakyat Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas komitmen mempertahankan hak serta kedaulatan Sabah, termasuk kejayaan menolak tuntutan pihak luar di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata kerajaan negeri juga amat menghargai pelbagai bantuan dan inisiatif daripada Kerajaan Persekutuan termasuk dalam aspek infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan keselamatan.

“Hubungan baik dan kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan akan terus dipertahankan demi memastikan Sabah tidak ketinggalan dalam arus pembangunan nasional,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Negeri Sabah 2025 di Istana Seri Kinabalu yang menyaksikan 60 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat daripada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Hajiji berkata beliau memberi jaminan akan terus memperkukuh pelaksanaan dasar pembangunan yang inklusif dan menyeluruh menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam usaha memastikan kemajuan berterusan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Beliau berkata sejak dasar pembangunan diperkenalkan, ia telah memberi impak yang ketara khususnya dalam aspek pemulihan ekonomi, pelaburan, pertanian, pembangunan modal insan serta kesejahteraan rakyat.

Hajiji berkata kerajaan negeri juga memberi tumpuan kepada pembangunan sektor pertanian yang menjadi antara penyumbang penting dalam menjamin keterjaminan makanan di negeri ini.

Antaranya penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) serta pelancaran Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) yang bertujuan meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) pengeluaran beras negeri daripada 24 peratus tahun ini kepada 60 peratus menjelang 2030.

Selain itu, kerajaan negeri juga telah meluluskan penubuhan Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sabah sebagai platform penyelarasan dan pemantauan bagi memenuhi keperluan industri.

“Kita mahu memastikan belia Sabah dilengkapi ilmu dan kemahiran yang relevan untuk menyumbang kepada pembangunan negeri serta negara,” katanya.

BHonline-

Tags: Persekutuan MalaysiaSabahtuntutan asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

Next Post

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

Related Posts

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post
‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

'DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd