• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumpa Kali Pertama, Pelakon Dipercayai Terus Lakukan Amang Seksual – Polis

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Jumpa Kali Pertama, Pelakon Dipercayai Terus Lakukan Amang Seksual – Polis
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Siasatan polis terhadap pelakon dan penyanyi terkenal yang ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan ketika kali pertama mereka berjumpa di sebuah hotel.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata siasatan mendapati suspek dan mangsa yang juga merupakan seorang pelajar, dipercayai berkenalan sejak dua bulan lalu.

“(Itu) kali pertama (suspek) bawa mangsa ke hotel, mereka sudah berkenalan dan berhubung dianggarkan dalam satu dua bulan… itu kali pertama mereka jumpa.

“Siasatan mendapati mangsa masih belajar. Suspek sudah ditangkap dan percakapan (suspek) sudah dirakam, buat masa ini (suspek) diberi jaminan polis.

“Kertas siasatan hampir lengkap dan kita akan rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang pelakon dan penyanyi lelaki terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

Mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan berkenalan dengan artis terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja dan selepas beberapa kali pertemuan suspek kemudian membawa mangsa bertemu di sebuah hotel.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan turut mengesahkan perkara itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

BHonline-

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Hasrat mencari peluang pekerjaan di Korea Selatan bertukar menjadi pengalaman pahit apabila seorang individu mendakwa dia bersama rakan-rakannya...

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub   Video memaparkan seorang lelaki yang dikaitkan dengan status bakal calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd