• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

oleh Mohd Arshad
03/06/2025
dalam Terkini
0
Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 adalah tidak sah.

Dalam satu kenyataan, AGC mengambil maklum berhubung kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir mengenai pengampunan berkenaan, di mana bekas Ahli Parlimen Langkawi itu secara terbuka menyatakan bahawa keputusan pengampunan Anwar adalah tidak sah kerana tidak melalui suatu persidangan Lembaga Pengampunan.

“Jabatan ini menegaskan bahawa suatu Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-51 telah diadakan pada hari Rabu 16 Mei 2018, jam 11.00 pagi, di Istana Negara Kuala Lumpur.

“Mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut telah dipengerusikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dan turut dihadiri antaranya oleh YAB Tun Dr Mahathir sendiri selaku Perdana Menteri ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, Mahathir dalam satu klip video TikTok mendakwa bahawa beliau telah menandatangani surat pengampunan tanpa nasihat Peguam Negara pada waktu itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengambil cuti rehat (garden leave) dan tanpa mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Ujar kenyataan itu lagi, atas nasihat Lembaga Pengampunan, Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah bertitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Anwar dibenarkan.

Bagaimanapun, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah menafikan tohmahan Dr Mahathir bahawa pengampunan yang diberikan kepada Anwar adalah satu kekhilafan.

“Walaupun pada masa itu, saya diarahkan bercuti (garden leave), saya telah pun mengemukakan pandangan saya selaku Peguam Negara kepada Lembaga Pengampunan berhubung dengan pengampunan tersebut.

“Saya juga telah menurunkan kuasa (delegate) kepada Peguam Cara 2, untuk mewakili saya, iaitu Datin Paduka Zawyah Bee Loth Khan untuk menghadiri mesyuarat pengampunan tersebut,” kata Mohamed Apandi.

Mengulas lanjut, AGC menjelaskan Anwar diberikan pembebasan serta-merta berkuat kuasa mulai dari tarikh persidangan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Bagi tujuan mesyuarat tersebut, Peguam Negara juga telah memberikan pendapat bertulis mengenai perkara itu selaras dengan Fasal (9), Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan untuk pertimbangan Lembaga Pengampunan.

“AGC memandang serius perkara ini sebagai isu yang melibatkan kepentingan perlembagaan dan institusi. AGC juga menegaskan bahawa sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat mengenai keputusan Lembaga Pengampunan adalah tidak wajar sama sekali,” katanya.

SinarHarian-

Tags: Anwar Ibrahimjabatan peguam negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Saya Tak Dirisik Untuk Jawatan Menteri, Pengosongan Kerusi DUN Sungai Tua Hanya Imaginasi Individu Tertentu’ – MB Selangor

Next Post

127 Projek Pantas Tambahan Bilik Darjah Diluluskan, Atasi Isu Kelas Padat

Related Posts

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

17/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Shell bakal menambah pelaburan melebihi RM9 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kata Datuk Seri...

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Next Post
127 Projek Pantas Tambahan Bilik Darjah Diluluskan, Atasi Isu Kelas Padat

127 Projek Pantas Tambahan Bilik Darjah Diluluskan, Atasi Isu Kelas Padat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd