• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bedah Siasat Mangsa Tembakan Di Brickfields Dijalankan Petang Ini

oleh Mohd Arshad
14/06/2025
dalam Terkini
0
Bedah Siasat Mangsa Tembakan Di Brickfields Dijalankan Petang Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bedah siasat terhadap seorang mangsa yang maut dalam insiden tembakan di Brickfields pada Jumaat, akan dijalankan petang ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, seorang lagi mangsa yang cedera parah, masih dirawat di PPUM dan berada dalam keadaan stabil.

“Sementara seorang lagi mangsa yang cedera ringan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya ringkas ketika dihubungi pada Sabtu.

Pada kejadian 10.50 malam itu, ketiga-tiga lelaki warga tempatan berumur lingkungan 30 hingga 50 tahun sedang makan bersama beberapa rakan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.

Seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tembakan, manakala dua lagi mangsa menerima rawatan di PPUM.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

-Bernama

Tags: Bedah SiasatBrickfields
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bedah Siasat Kedua Syamsul Haris Dikendali Tiga Pakar Forensik

Bedah Siasat Kedua Syamsul Haris Dikendali Tiga Pakar Forensik

30/08/2025
0

Kuala Lumpur: Tiga pakar dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) akan menjalankan autopsi ke atas jenazah pegawai kadet Pasukan Latihan...

Bedah Siasat Zara Qairina Dijangka Selesai Petang Ini

Bedah Siasat Zara Qairina Dijangka Selesai Petang Ini

10/08/2025
0

KOTA KINABALU: Proses bedah siasat jenazah Zara Qairina Mahathir, 13, dijangka selesai petang ini atau selewat-lewatnya malam ini. Peguam keluarga,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd