• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

oleh Mohd Arshad
06/06/2025
dalam Terkini
0
Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021 oleh bekas pegawai penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther, berkait satu insiden yang berlaku sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

Peguam Anwar, Datuk Seri Rajasegaran Krishnan, mengesahkan perkara itu kepada New Straits Times (NST).

“Kami sudah memfailkan permohonan penangguhan itu, malam tadi. Pengurusan kes akan berlangsung tengah hari ini di mana satu tarikh akan ditetapkan untuk pendengaran,” katanya.

Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Roz Mawar Rozain, pada Rabu lalu menolak permohonan Anwar untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, termasuk sama ada beliau mempunyai imuniti daripada saman sivil difailkan oleh Muhammed Yusoff.

Roz Mawar turut menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman itu, dan memerintahkan ia dijalankan mulai 16 Jun ini.

Antara alasan utama dikemukakan dalam permohonan penangguhan difailkan oleh Anwar ialah keputusan Mahkamah Tinggi itu bergantung pada dua kes yang sudah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Ia juga mendakwa bahawa hakim itu terkhilaf dalam undang-undang dengan bergantung pada keputusan kehakiman (yang berfungsi sebagai otoriti kepada mahkamah apabila memutuskan kes sama) yang sudah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, menyebabkannya tidak mempunyai asas undang-undang dan melanggar prinsip Perlembagaan.

Rajasegaran berkata, satu notis rayuan terhadap keseluruhan keputusan Roz Mawar telah difailkan, kelmarin.

Roz Mawar dalam keputusannya pada Rabu lalu, menolak permohonan Anwar selepas mendapati persoalan yang dikemukakan adalah bersifat spekulatif dan tidak perlu bagi pelupusan kes saman berkenaan serta tidak membabitkan tafsiran atau kesahan mana-mana peruntukan Perlembagaan.

Hakim itu antara lain berkata, tindakan sivil tidak membentuk suatu kehilangan kebebasan mengikut Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan (hak kepada nyawa dan kebebasan diri) seperti yang dibangkitkan Anwar dalam permohonannya.

Melalui permohonan difailkan firma guaman Tetuan Zain Megat & Murad pada minggu lalu, Anwar memohon Mahkamah Persekutuan memutuskan sama ada Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan memberikan beliau kekebalan bersyarat daripada saman berkenaan.

Perkara itu membabitkan kuasa eksekutif tertinggi, hubungan kuasa antara Raja dan Kabinet dan pelantikan serta tanggungjawab Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Dalam afidavit sokongannya, Anwar menegaskan permohonan itu dibuat bukan untuk melengahkan perbicaraan, tetapi bagi memastikan proses kehakiman berjalan adil dan mengikut lunas Perlembagaan.

Beliau memohon mahkamah menimbangkan sama ada saman terbabit menjejaskan keupayaannya menjalankan tugas eksekutif dan melemahkan prinsip pengasingan kuasa yang dijamin oleh Perlembagaan.

Perdana Menteri juga mahu mahkamah menentukan sama ada prosiding saman Muhammed Yusoff melanggar hak beliau untuk dilayan sama rata di sisi undang-undang, seperti diperuntukkan dalam Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Anwar turut memohon Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi perlu menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada saman itu adalah penyalahgunaan proses atau ancaman kepada kepentingan awam.

Sekiranya benar, mahkamah perlu memutuskan sama ada saman itu wajar digantung atau dibatalkan demi mengekalkan tadbir urus berperlembagaan.

Anwar juga memohon Mahkamah Persekutuan menentukan sama ada beliau sebagai Perdana Menteri semasa, berhak menurut Perkara 5(1) Perlembagaan untuk perlindungan daripada litigasi yang bersifat strategik atau dipolitikkan bagi menjejaskan keupayaannya mentadbir negara.

BHonline-

Tags: Anwar Ibrahimkes samanyusoff rawther
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Segera Tinggalkan Anwar Dan PH Untuk Selamatkan UMNO – Zaid Ibrahim

Segera Tinggalkan Anwar Dan PH Untuk Selamatkan UMNO – Zaid Ibrahim

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2025 – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini mengeluarkan sebuah...

‘Kenapa Nak Teruskan Kes Hanya Kerana Pernah Jadi Staf Saya’ – PM

‘Kenapa Nak Teruskan Kes Hanya Kerana Pernah Jadi Staf Saya’ – PM

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan gesaan untuk meneruskan siasatan terhadap mana-mana kes dikaitkan dengan bekas kakitangannya walaupun diputuskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd