• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pentadbiran Trump Batalkan Hak Harvard Terima Pelajar Antarabangsa

oleh Mohd Arshad
23/05/2025
dalam Terkini
0
Pentadbiran Trump Batalkan Hak Harvard Terima Pelajar Antarabangsa
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membatalkan keupayaan Universiti Harvard menerima pelajar antarabangsa, kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS Kristi Noem pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Dengan ini saya memaklumkan bahawa berkuat kuasa serta-merta, pensijilan Program Pelajar dan Pertukaran Pengunjung (Student and Exchange Visitor Programme) Universiti Harvard dibatalkan,” kata Noem dalam sepucuk surat yang dikongsi di platform X.

Beliau berkata, pentadbiran Trump bertindak demikian kerana Harvard didakwa “memupuk keganasan, antisemitisme serta bersekongkol dengan Parti Komunis China di kampusnya.”

“Ia adalah satu keistimewaan, bukan hak bagi sesebuah universiti untuk mendaftarkan pelajar asing dan mendapat manfaat daripada yuran pengajian yang lebih tinggi bagi mengukuhkan tabung endowmen bernilai berbilion dolar.

“Harvard telah diberi banyak peluang untuk melakukan perkara yang betul, namun menolaknya.

“Mereka kehilangan pensijilan Program Pelajar dan Pertukaran kerana gagal mematuhi undang-undang,” katanya.

Jurucakap Harvard, Jason Newton menyifatkan tindakan kerajaan sebagai “tidak sah dari segi undang-undang.”

“Kami komited sepenuhnya untuk memastikan Harvard terus menjadi tuan rumah kepada pelajar dan sarjana antarabangsa, yang datang dari lebih 140 negara dan memberikan sumbangan besar kepada universiti serta negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menegaskan bahawa pihak universiti sedang bertindak “dengan pantas” untuk memberikan panduan kepada komuniti kampus, beliau berkata, “Tindakan balas ini boleh mendatangkan kesan serius terhadap komuniti Harvard dan negara ini, serta menjejaskan misi akademik dan penyelidikan Harvard.”

Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS pada Isnin turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menamatkan geran persekutuan berjumlah AS$60 juta kepada Harvard.

Pentadbiran Trump sebelum ini membekukan lebih US$2.2 bilion dalam bentuk geran persekutuan kepada universiti itu, termasuk kontrak bernilai US$60 juta.

Sementara itu, pihak Harvard turut memfailkan saman terhadap pentadbiran Trump, dengan mendakwa pembekuan dana itu melanggar Pindaan Pertama Perlembagaan AS dan undang-undang persekutuan yang melarang presiden daripada secara langsung atau tidak langsung mengarahkan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) menjalankan atau menghentikan audit atau siasatan.

Presiden Harvard, Alan Garber minggu lalu mengumumkan bahawa universiti itu akan menggunakan AS$250 juta daripada dana sendiri bagi menyokong aktiviti penyelidikan.

Pentadbiran Trump juga mengugut untuk membekukan pembiayaan persekutuan kepada universiti lain, dengan alasan protes kampus yang menyokong Palestin serta program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI). 

-Bernama/Anadolu

Tags: Donald Trumpharvard
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gelombang ‘No Kings’ Meletus, Jutaan Rakyat AS Turun Jalan Bantah Trump

Gelombang ‘No Kings’ Meletus, Jutaan Rakyat AS Turun Jalan Bantah Trump

29/03/2026
0

MINNEAPOLIS – Gelombang kemarahan terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, semakin memuncak apabila jutaan rakyat dilaporkan membanjiri jalanan di seluruh...

Donald Trump Dirasuk Syaitan – Abdul Hadi

Donald Trump Dirasuk Syaitan – Abdul Hadi

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menunjukkan sifat takbur akibat telah dirasuk oleh syaitan dan manusia berideologi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd