• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas FRU: Pemandu Lori Didakwa 9 Pertuduhan Pandu Berbahaya

oleh Mohd Arshad
16/05/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Nahas FRU: Pemandu Lori Didakwa 9 Pertuduhan Pandu Berbahaya
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN: Pemandu lori membawa muatan batu yang terbabit kemalangan tragis sehingga meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini pada Selasa lalu, didakwa atas sembilan pertuduhan di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Tertuduh, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu yang dibacakan secara berasingan terhadapnya di hadapan Hakim Nur Hamizah Shaffiuddin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu lori jenis Hino dengan cara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian sembilan penama sekitar jam 9.05 pagi 13 Mei lalu di Kilometer (KM) 15 Jalan Sungai Manik di daerah Hilir Perak.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian S Perumal, 44; Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Mohd Pozli Jaudin, 41; Nurit AK Pandak, 34; Amiruddin Zabri, 38; Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Akmal Muhamad, 35; Damarrulan Abdul Latif, 33; dan Akmal Wafi Annuar, 28.

Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.

Selain itu, hilang kelayakan untuk memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izzuddin Fakri Hamdan, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Francis Sinnappan.

Izzuddin Fakri menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, selain memohon syarat tambahan dikenakan iaitu lesen memandu tertuduh digantung hingga kes selesai di mahkamah dan tertuduh perlu melapor diri ke balai polis berhampiran setiap minggu.

Namun, Francis memohon ikat jamin minimum dengan mengambil kira pendapatan anak guamnya RM2,000 sebulan sebagai pemandu lori sekitar dan menghidap asma, selain menyatakan tertuduh yang masih bujang serta tinggal di daerah Hilir Perak itu akan memenuhi syarat-syarat ditetapkan mahkamah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi semua pertuduhan dan membenarkan syarat yang dimohon oleh pihak pendakwaan, selain menetapkan tarikh 17 Jun depan untuk sebutan semula kes.

BHonline-

Tags: Nahas FRUpemandu lori
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

Next Post

Ibu Pemandu Honda Jazz Langgar Mati 3 Remaja Kemuka Representasi

Related Posts

Nahas Lori FRU: Pengusaha Syarikat Lori Akan Diheret Ke Mahkamah – Menteri

Nahas Lori FRU: Pengusaha Syarikat Lori Akan Diheret Ke Mahkamah – Menteri

13/06/2025
0

SHAH ALAM: Pengusaha syarikat lori yang terbabit dalam nahas kemalangan kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post
Ibu Pemandu Honda Jazz Langgar Mati 3 Remaja Kemuka Representasi

Ibu Pemandu Honda Jazz Langgar Mati 3 Remaja Kemuka Representasi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd