• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Pemandu Honda Jazz Langgar Mati 3 Remaja Kemuka Representasi

oleh Mohd Arshad
16/05/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Ibu Pemandu Honda Jazz Langgar Mati 3 Remaja Kemuka Representasi
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Ibu kepada pemandu kereta Honda Jazz yang menyebabkan tiga remaja maut pada Mac lalu akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) atas pertuduhan membenarkan anaknya yang masih di bawah umur memandu kenderaan.

Peguam Johan Radzi yang mewakili tertuduh, Nur Farahidayah A Rahman, 40, memberitahu perkara itu ketika prosiding sebutan kes hari ini di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, P Rubini berkata, pihak pendakwaan sedia menyerahkan dokumen kepada pihak pembelaan hari ini.

Mengikut pertuduhan, Nur Farahidayah sebagai pemilik Honda Jazz membenarkan seorang kanak-kanak berusia 17 tahun memandu kenderaan itu pada kira-kira jam 8.30 malam di lampu isyarat Jalan Persiaran Senawang 1, Taman Matahari Heights di sini pada 6 Mac lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi status representasi.

Sebelum ini media melaporkan, kereta Honda Jazz dipandu seorang remaja lelaki gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah lalu melanggar dua motosikal yang datang dari arah sebelah kiri.

Dua disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian iaitu Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan Muhammad Aswari Lotpi, 16, manakala seorang lagi mangsa, Aisar Azim Abdullah, 17, meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar di sini, pada 10 Mac lalu.

BHonline-

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP menggesa tindakan diambil terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Kemajuan...

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

04/09/2026
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd