• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

oleh Mohd Arshad
13/05/2025
dalam Terkini
0
Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan itu sejak hampir dua dekad.

Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Cheong Loon Lai berkata, kali terakhir pemimpin Malaysia mengadakan lawatan rasmi ke Rusia adalah pada Jun 2007 iaitu Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri kelima.

“Lawatan ini menjadi satu detik yang sangat bersejarah dan bermakna bagi pihak Rusia memandangkan ini merupakan lawatan rasmi pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak menjadi Perdana Menteri.

“Lawatan rasmi yang berlangsung sebelum ini adalah hampir dua dekad lepas, jadi ia mengambil masa yang sangat panjang,” katanya pada sidang media sempena lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri ke Rusia bermula Selasa.

Beliau berkata, lawatan itu akan berlangsung dalam dua segmen iaitu kunjungan ke Moscow bermula Selasa hingga Khamis sebelum ke Kazan dan Tatarstan.

Anwar akan diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Li Kang; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Loon Lai juga berkata, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo-2 di sini petang ini (waktu tempatan), Perdana Menteri akan memeriksa barisan kawalan kehormatan sebelum mengadakan majlis ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Rusia pada sebelah malam.

“Untuk hari kedua, Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan meja bulat bersama pemimpin-pemimpin industri di Rusia dan setakat ini, terdapat lebih 20 syarikat Rusia yang telah mendaftar untuk mengambil bahagian,” katanya.

Delegasi Malaysia seterusnya akan ke Government House, atau dikenali sebagai The White House iaitu Pejabat Perdana Menteri Rusia, sebelum mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Mikhail Mishutin dan antara isi perbincangan ialah kerjasama dalam bidang ekonomi, pelaburan serta perdagangan.

Pada sebelah petang, Loon Lai berkata, Perdana Menteri akan menghadiri mesyuarat bersama Presiden Vladimir Putin dan kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan potensi kerjasama Malaysia-Rusia dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pertanian dan agrikomoditi, pendidikan, aeroangkasa serta tenaga.

“Kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama,” katanya.

Pada Khamis, Perdana Menteri akan menyampaikan syarahan umum di Institut Hubungan Antarabangsa Negara Moscow (MGIMO) dan dijadual menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat daripada universiti tersebut atas sumbangan beliau dalam menegakkan keamanan sejagat serta mengeratkan kerjasama antarabangsa.

Sementara itu di Kazan, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Rais Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov dan menyampaikan ucaptama semasa Mesyuarat Kumpulan Visi Strategik Rusia-Dunia Islam pada Khamis.

Kemuncak lawatan Anwar ke Kazan ialah penyertaan beliau dalam Forum Ekonomi Antarabangsa Rusia-Dunia Islam ke-16: KazanForum seterusnya dijemput menyampaikan ucaptama semasa sesi pleno.

KazanForum merupakan platform utama bagi memupuk kerjasama ekonomi antara Rusia dan negara-negara Islam.

Pada 2024, Rusia adalah rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah dengan jumlah dagangan mencecah RM11.46 bilion (AS$2.48 bilion).

Bernama-

Tags: Anwar IbrahimRusia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Kenakan Duti Anti-lambakan Import Keluli Sadur Timah Empat Negara

Next Post

Hafidz Roshdi Dilepas Dan Dibebaskan Sepenuhnya

Related Posts

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar peguam yang mewakilinya dalam kes saman sivil difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post
Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Hafidz Roshdi Dilepas Dan Dibebaskan Sepenuhnya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd