• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

oleh Mohd Arshad
13/05/2025
dalam Terkini
0
Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjangkakan kediaman yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada awal bulan lalu dapat dibina dan dibaik pulih sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata setakat ini, kerja membina dan membaik pulih 219 kediaman penduduk yang terjejas mengikut pelan dan jangka masa ditetapkan.

“Kontraktor kini giat menjalankan kerja-kerja membaik pulih dan membina kediaman yang musnah, saya harap dalam tempoh kurang dua tahun kita dapat siapkan rumah baharu untuk mangsa terlibat

“… yang musnah sepenuhnya kita bina rumah baharu untuk mereka, manakala rumah boleh dibaiki, kita baik pulih,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum menjadi tetamu dalam rakaman program Ruang Bicara terbitan Bernama TV membincangkan tajuk “UN-HABITAT: Malaysia Sedia Terajui Pembangunan Mampan Global” di Wisma Bernama di sini hari ini.

Kor Ming berkata kerajaan menerusi KPKT memperuntukkan RM46 juta bagi proses membaik pulih rumah dan infrastruktur awam yang terjejas dalam insiden letupan terbabit.

Insiden kebakaran saluran paip gas pada 1 April lalu menyebabkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kejadian mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan tetapi tidak terbakar manakala 21 rumah tidak terjejas.

Bernama-

Tags: KPKTPutra HeightPutra Heights
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Letupan Gas Di Putra Heights: Sesi Taklimat Khas Kepada Wakil Rakyat Esok – MB

Isu Letupan Gas Di Putra Heights: Sesi Taklimat Khas Kepada Wakil Rakyat Esok – MB

06/07/2025
0

KLANG: Sesi taklimat khas kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor berhubung isu letupan saluran paip...

Letupan Paip Gas Putra Heights: Polis Klasifikasi Tiada Tindakan Lanjut (NFA)

Letupan Paip Gas Putra Heights: Polis Klasifikasi Tiada Tindakan Lanjut (NFA)

01/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis mengklasifikasikan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu sebagai Tiada Tindakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd