• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas tangan kirinya tersepit pada rim motosikal dalam satu kemalangan di Jalan Tok Wan Don, Kampung Permatang Pasir di sini pada pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.44 pagi itu, mangsa yang menaiki motosikal Yamaha LC135 bersama seorang lelaki dewasa dipercayai bapa saudaranya, tersepit selepas pakaian hujan yang dipakainya tersangkut pada rim motosikal.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau, Pegawai Bomba Kanan I (KUP) Fairus Omar berkata, bomba tiba di lokasi pada jam 9.50 pagi, namun mendapati tangan mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

“Sepasukan anggota dari BBP Balik Pulau bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan, namun mangsa tiada di lokasi kejadian.

“Kanak-kanak lelaki itu difahamkan dihantar ke hospital oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.58 pagi melibatkan enam anggota dengan kekuatan dua jentera dari BBP Balik Pulau.

SinarHarian-

Tags: kanak-kanaktangan tersepit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd