• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

oleh AK-47
12/05/2025
dalam Terkini
0
Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka diarah melakukan siasatan terhadap dakwaan kes bayi perempuan berusia 22 bulan yang mengalami demam panas dibiarkan menahan kesakitan selama 11 jam sehingga diserang sawan di Hospital Melaka, awal pagi semalam.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata beliau mengambil maklum kes tular berkenaan dan mahu siasatan dilakukan secara segera dan menyeluruh.

“Saya sudah hubungi Pengarah Kesihatan Melaka (Dr Ruzita Mustaffa) serta pengurusan tertinggi Hospital Melaka dan meminta mereka membuat siasatan terhadap kes ini dan dalam masa yang sama berharap mana-mana pihak tidak membuat andaian sehingga kes ini selesai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu tular video berdurasi 13 minit mengenai seorang bayi menangis menahan kesakitan sehingga mengundang reaksi sedih pengguna media sosial dan menggesa agar kes berkenaan disiasat.

Dalam pada itu, ibu bayi berkenaan Siti Aishah Rahim, 27, dalam status di Facebook berkata dia dan ibunya tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka pada 2.30 petang Sabtu selepas tubuh anak sulungnya itu, Siti Farha Adelia Mohd Firdaus tiba-tiba panas.

Beliau mendakwa sebaik tiba di hospital, jururawat cuma mengambil darah dan terus membiarkan sehingga suhu badan anaknya meningkat kepada 40 darjah Celsius.

“Puas saya bertanya dan jawapan yang diberikan supaya terus tunggu sehinggalah bayi saya diserang sawan 1 pagi semalam (Ahad) dan menyebabkan badannya kejang,” katanya dan memaklumkan anaknya itu kemudian dibawa ke Zon Kuning dari Zon Hijau selepas kesihatan semakin teruk sebelum doktor cuba menstabilkannya.

-Bernama

Tags: bayiExcoJabatan Kesihatan Melakasiasat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Next Post

Malaysia Kenakan Duti Anti-lambakan Import Keluli Sadur Timah Empat Negara

Related Posts

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

23/05/2025
0

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam...

Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Didakwa Dibiarkan Menunggu Hampir 11 Jam

Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Didakwa Dibiarkan Menunggu Hampir 11 Jam

12/05/2025
0

MELAKA – Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila bayi perempuannya yang berusia 22 bulan diserang sawan selepas didakwa lewat menerima...

Next Post
Malaysia Kenakan Duti Anti-lambakan Import Keluli Sadur Timah Empat Negara

Malaysia Kenakan Duti Anti-lambakan Import Keluli Sadur Timah Empat Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd