• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Bob Curi Sarung Meter Air SADA Akhirnya Tumpas

oleh AK-47
25/05/2025
dalam Jenayah
0
Geng Bob Curi Sarung Meter Air SADA Akhirnya Tumpas
Share on FacebookShare on Twitter

Sungai Petani: Kegiatan licik ‘Geng Bob’ yang bergiat aktif mencuri sarung meter air milik Syarikat Air Darul Aman (SADA) sejak enam bulan lalu akhirnya tumpas dalam serbuan polis, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menahan dua suspek berusia lingkungan 30-an di sekitar daerah ini dalam operasi ‘Op Lusuh’ yang dilakukan sepanjang bulan ini.

Beliau berkata, operasi dilancarkan susulan peningkatan kes kecurian harta benda di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

“Bertindak atas risikan, pada 12 Mei lalu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Muda berjaya menahan dua suspek itu dalam dua serbuan berasingan.

“Kita turut menahan seorang lelaki yang dipercayai pengusaha kedai barangan lusuh berusia 30-an yang disyaki membeli sarung meter air yang dicuri itu untuk membantu siasatan.

“Hasil serbuan itu, polis merampas 45 unit sarung meter air milik SADA, satu beg plastik hitam berisi wayar tembaga yang sudah dibakar anggaran berat 11.05 kilogram (kg) dan sebuah kereta berserta kunci milik suspek,” katanya pada sidang media di IPD Kuala Muda, di sini, hari ini.

Hanyan berkata, dua suspek yang ditahan itu turut dikesan positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata, semakan rekod lampau terhadap semua suspek yang ditahan masing-masing mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.

“Hasil dari serbuan ini bersama kerjasama daripada pihak SADA, kita berjaya menyelesaikan sebanyak 45 kes curi meter air di daerah ini.

“Modus operandi Geng Bob adalah mencuri meter air di kawasan perumahan atau kedai makan yang diletakkan di bahagian luar rumah atau premis berkenaan sekitar awal pagi.

“Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk membuat kunci tambahan pada meter air bagi mengekang kejadian sama daripada berlaku,” katanya.

Hanyan berkata, jumlah nilai rampasan sarung meter air itu dianggarkan bernilai hampir RM6,000 manakala kereta yang dirampas itu disita untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, satu unit sarung meter air itu bernilai RM120 tetapi suspek hanya memperoleh RM15 seunit daripada pengusaha kedai barangan lusuh.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Hanyan berkata, kerugian bukan saja dialami mangsa tetapi kejadian ini turut merugikan negara mencecah jutaan ringgit berikutan air yang dirawat dibazirkan akibat kecurian sarung meter air itu.

Beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah untuk terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Kuala Muda di talian 04-4299222.

-Harian Metro

Tags: Geng BobSarung Meter Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd