• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN 2025: Kehadiran Rafizi Sebagai Menteri Ekonomi Curi Tumpuan

oleh AK-47
27/05/2025
dalam Terkini
0
ASEAN 2025: Kehadiran Rafizi Sebagai Menteri Ekonomi Curi Tumpuan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kehadiran Menteri Ekonomi, Datuk Seri Dr Rafizi Ramli pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di sini, hari ini mencuri tumpuan di sebalik desas-desus mengenai peletakan jawatannya selepas tewas pada Pemilihan PKR 2025, Jumaat lalu.

Bekas Timbalan Presiden PKR itu menyertai Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) ke-16, yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaik tiba, Rafizi dilihat berjabat tangan dengan Perdana Menteri dan pemimpin serta delegasi ASEAN lain.

Pada 10 Mei lalu, Rafizi menyatakan kesediaan untuk meletak jawatan dalam Kabinet jika gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR.

Rafizi berkata, walaupun berundur daripada Kabinet, tugas sebagai Ahli Parlimen Pandan akan tetap diteruskan dan ketika itu, beliau bebas untuk berbicara dalam apa saja perkara.

Pada Pemilihan PKR 2025 peringkat pusat, Jumaat lalu, Rafizi tewas kepada Nurul Izzah Anwar, selepas memperoleh 3,866 undi, berbanding Nurul Izzah, 9,803 undi, dalam persaingan satu lawan satu bagi jawatan itu.

Media hari ini melaporkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sudah memanggil barisan kepimpinan baru parti itu untuk bermesyuarat dan menjalankan ‘post-mortem’ terhadap pemilihan parti serta membuat keputusan mengenai lantikan jawatan parti.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan antara agenda mesyuarat adalah perbincangan mengenai jawatan lantikan untuk Rafizi.

Antara jawatan lantikan dalam PKR, termasuk Setiausaha Agung dan beberapa jawatan Naib Presiden.

-Berita Harian

Tags: ASEAN 2025
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Thaksin Tumpu Usaha Lonjak Ekonomi, Rintis Usaha Damai Di Selatan Thai – PM

Pelantikan Thaksin Tumpu Usaha Lonjak Ekonomi, Rintis Usaha Damai Di Selatan Thai – PM

27/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd