• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

oleh Mohd Arshad
28/05/2025
dalam Terkini
0
Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar peguam yang mewakilinya dalam kes saman sivil difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther terhadap Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi di sini, minggu lalu.

Peguam Muhammed Yusoff, Rafique Rashid dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa notis pertukaran peguamcara Anwar telah dimaklumkan pada 23 Mei.

Peguam baharu Anwar kemudiannya memfailkan permohonan untuk merujuk satu persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan, bersama afidavit sokongan.

Menurut Rafique, pihak defendan turut memohon agar perbicaraan yang dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 19 dan 23 hingga 25 Jun depan ditangguhkan sementara menunggu keputusan permohonan itu.

“Memandangkan isu yang dibangkitkan melibatkan persoalan undang-undang, mahkamah telah mengarahkan semua pihak memfailkan hujahan dengan segera. Permohonan akan didengar pada 3 Jun ini,” katanya.

Mahkamah turut mengarahkan semua pihak berhujah berhubung peruntukan undang-undang berkaitan kekebalan atau imuniti yang dimiliki oleh seorang Perdana Menteri.

Rafique turut menegaskan bahawa pihaknya komited untuk mempertahankan hak anak guam secara terbuka.

“Akses kepada keadilan adalah hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sebelum ini, Anwar memohon agar Mahkamah Tinggi merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan, antaranya berkenaan imuniti beliau dalam kes saman sivil berkenaan.

Beliau juga memohon mahkamah mempertimbangkan sama ada saman itu menjejaskan tugas eksekutifnya dan prinsip pengasingan kuasa, serta hak beliau untuk dilayan sama rata di sisi undang-undang seperti diperuntukkan dalam Perkara 8(1) Perlembagaan.

Dalam pernyataan tuntutan, Muhammed Yusoff mendakwa serangan seksual terhadapnya berlaku di kediaman Anwar di Segambut pada 2 Oktober 2018, selepas diminta hadir oleh setiausaha sulit Anwar bagi menyerahkan teks ucapan.

Beliau mendakwa laporan polis dibuat pada 7 Disember 2019 dan kesihatan mentalnya terjejas akibat kritikan daripada penyokong Anwar serta masyarakat.

Susulan itu, plaintif menuntut ganti rugi khas, am, teruk dan teladan serta kos dan relief lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan memfailkan tuntutan balas pada September 2021, menyatakan bahawa tuduhan berkenaan adalah palsu dan tidak berasas.

Menurut Anwar, pada tarikh kejadian yang didakwa, beliau sedang bersama keluarga dan rakan-rakan di kediamannya di Bukit Segambut.

SinarHarian-

Tags: Anwar Ibrahimkes saman sivilyusoff rawther
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd