• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Minit Keluarkan Budak 4 Tahun Tersepit Lori Terbalik

oleh Mohd Arshad
03/05/2025
dalam Utama & Sensasi
0
20 Minit Keluarkan Budak 4 Tahun Tersepit Lori Terbalik
Share on FacebookShare on Twitter

SIK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sengsara hampir setengah jam selepas tersepit pada lori membawa muatan besi yang terbalik selepas kenderaan itu mengundur secara tiba-tiba.

Kejadian berlaku ketika mangsa membonceng motosikal ditunggang kakaknya yang berusia 18 tahun di laluan berbukit di Kampung Charuk Damar, di sini hari ini.

Ketika kejadian motosikal terbabit berada di belakang lori dengan dua beradik itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mlohd Jamil Mat Daud berkata, sepasukan anggota yang dikejarkan ke lokasi mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan ‘air lifting bag’.

“Mangsa membabitkan remaja perempuan berusia 18 tahun yang cedera pada kaki, manakala adik lelakinya berusia empat tahun tersepit pada tangan.

“Operasi dilakukan berhati-hati disebabkan mangsa masih kecil, selain anggota cuba menstabilkan lori bagi mengelakkan ia menggelungsur,” katanya.

Kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

BHonline-

Tags: lori terbalikTersepit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Pengisar Batu

Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Pengisar Batu

07/10/2025
0

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam mesin pengisar batu dalam kejadian di sebuah kilang memproses tar jalan raya di...

Budak Perempuan Maut Tersepit Besi Pelipat Meja

Budak Perempuan Maut Tersepit Besi Pelipat Meja

22/03/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang budak perempuan maut akibat tersepit di celah besi meja lipat dalam kejadian di rumah keluarganya dekat Taman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd