• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Val Kilmer Meninggal Dunia Akibat Pneumonia

oleh Mohd Arshad
02/04/2025
dalam Antarabangsa
2
Val Kilmer Meninggal Dunia Akibat Pneumonia
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES: Aktor Hollywood, Val Kilmer yang terkenal dengan filem Top Gun dan Batman Forever, meninggal dunia pada usia 65 tahun.

Kilmer meninggal dunia akibat pneumonia, mengikut laporan yang memetik pengesahan daripada anak perempuannya, Mercedes Kilmer, lapor The New York Times.

Kilmer dianggap antara pelakon utama terkenal di Hollywood pada era 1990-an, sebelum pertelingkahan dengan pengarah dan aktor lain serta kegagalan beberapa filem lakonan, menjejaskan kerjayanya.

Kilmer dilapor dikenali sebagai individu yang mudah marah, mementingkan kesempurnaan dan kadang-kala egoistik.

Kilmer memulakan karier filem dengan membintangi Top Secret! pada 1984, sebelum muncul dalam naskhah komedi, Real Genius (1985).

Beliau melonjak ke puncak populariti sebagai gandingan Tom Cruise dalam filem Top Gun pada 1986,

memainkan watak Tom ‘Iceman’ Kazansky dan beberapa dekad kemudian muncul bersama Cruise sekali lagi dalam sekuel Top Gun: Maverick (2022).

Kilmer juga membintangi filem fantasi arahan Ron Howard, Willow (1988) dan berkahwin dengan rakan pelakon dari Britain, Joanne Whalley. Hasil perkahwinan mereka mempunyai dua anak sebelum bercerai.

Salah satu peranan paling mencabar Kilmer adalah dalam filem arahan Oliver Stone, The Doors (1991) di mana beliau memainkan watak Jim Morrison, iaitu penyanyi utama kumpulan rock berpengaruh, The Doors.

Pada 1995, beliau mencipta dua kejayaan komersial, berlakon bersama Al Pacino dan Robert De Niro dalam drama jenayah Heat dan menggantikan Michael Keaton sebagai Batman dalam Batman Forever, siri ketiga dalam francais Batman.

Batman Forever menerima sambutan hambar daripada pengkritik dan filem itu lebih banyak menonjolkan Tommy Lee Jones dan Jim Carrey, Kilmer akhirnya menarik diri daripada filem Batman seterusnya.

BHonline-

Tags: pneumoniaVal Kilmer
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Chery Sediakan 50 Kereta Kepada Mangsa Kebakaran Paip Gas

Next Post

Kebakaran Paip Gas: 529 Ditempatkan Di Dua PPS, 111 Dirawat – 13 Di Zon Merah

Related Posts

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

05/12/2022
0

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang...

1 Lagi Mayat Orang Asli Dibawa Keluar Hari Ini

14/06/2019
0

GUA MUSANG - Satu lagi mayat orang asli dari suku kaum Bateq Kuala Koh akan dibawa keluar hari ini. Ketua...

Next Post
Kebakaran Paip Gas: 529 Ditempatkan Di Dua PPS, 111 Dirawat – 13 Di Zon Merah

Kebakaran Paip Gas: 529 Ditempatkan Di Dua PPS, 111 Dirawat - 13 Di Zon Merah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd