• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tidak Ada Kematian Dalam Tragedi Saluran Gas Meletup Di Putra Heights’ – KKM

oleh Mohd Arshad
10/04/2025
dalam Terkini
5
‘Tidak Ada Kematian Dalam Tragedi Saluran Gas Meletup Di Putra Heights’ – KKM
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan kematian membabitkan insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights seperti tular di media sosial.

KKM menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya tidak menerima laporan berhubung perkara itu daripada mana-mana fasiliti kesihatan awam atau swasta.

“KKM mengambil maklum berkenaan beberapa komen di media sosial berkenaan kematian terkait insiden terbabit.

“Namun, ditegaskan KKM tiada menerima sebarang laporan daripada mana-mana fasiliti kesihatan awam atau swasta berkenaan hal ini,” katanya.

Katanya, satu laporan polis sudah dibuat dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) turut dimaklumkan mengenai perkara berkenaan.

Susulan itu, pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan komen tidak benar sehingga menimbulkan kegusaran awam akan diambil tindakan mengikut undang-undang.

Sementara itu, KKM berkata, sehingga jam 12.30 tengah hari semalam, jumlah mangsa dirawat di seluruh hospital dan klinik berikutan insiden itu adalah seramai 150 orang.

Katanya, seramai 112 daripada jumlah itu sudah dibenarkan keluar hospital, 38 orang masih menerima rawatan di wad hospital iaitu 17 di fasiliti KKM dan 21 di fasiliti kesihatan swasta tanpa kemasukan baharu.

“Seorang pesakit masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta dan kesihatannya semakin menunjukkan kemajuan,” katanya.

Daripada 150 orang itu, seramai 127 mangsa mengalami kecederaan langsung daripada insiden seperti luka kebakaran atau kecederaan fizikal lain.

“Seramai 18 orang mengalami kecederaan tidak langsung seperti serangan kebimbangan, serangan panik dan tekanan darah tinggi, manakala lima lagi tidak menerima rawatan lanjut,” katanya.

BHonline-

Tags: Putra Heightssaluran putra gas
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Isu Letupan Gas Di Putra Heights: Sesi Taklimat Khas Kepada Wakil Rakyat Esok – MB

Isu Letupan Gas Di Putra Heights: Sesi Taklimat Khas Kepada Wakil Rakyat Esok – MB

06/07/2025
0

KLANG: Sesi taklimat khas kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor berhubung isu letupan saluran paip...

Letupan Paip Gas Putra Heights: Polis Klasifikasi Tiada Tindakan Lanjut (NFA)

Letupan Paip Gas Putra Heights: Polis Klasifikasi Tiada Tindakan Lanjut (NFA)

01/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis mengklasifikasikan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu sebagai Tiada Tindakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd