• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

oleh Mohd Arshad
09/04/2025
dalam Jenayah
0
Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki membuat ugutan jenayah terhadap pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Malam tadi, beliau dalam satu kenyataan memaklumkan suspek berusia 57 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada jam 12.10 pagi semalam, susulan laporan yang diterima daripada pegawai penguat kuasa DBKL.

Menurutnya, laporan polis dibuatjam 1.07 tengah hari, kelmarin berhubung satu hantaran di laman Facebook membabitkan tangkap layar perbualan kumpulan WhatsApp yang mengandungi ugutan dan hasutan terhadap penguat kuasa DBKL.

“Pengadu menyatakan kandungan perbualan itu berunsur ancaman dan hasutan dengan niat terhadap penjawat awam yang menjalankan tugas menguatkuasakan undang-undang,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pihak polis turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat yang boleh menggugat ketenteraman awam atau keselamatan mana-mana pihak.

-Berita Harian

Tags: DBKLPenguat Kuasa DBKLreman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zayn Rayyan Mati Dijerut, Dubur Koyak Bukan Lemas – Pakar Forensik

Next Post

Mahkamah Benar Permohonan Bung Moktar, Isteri Tangguh Bicara Bela Diri

Related Posts

Dua Termasuk Penjawat Awam Direman, Salah Guna Kedudukan Dan Subahat

Dua Termasuk Penjawat Awam Direman, Salah Guna Kedudukan Dan Subahat

02/07/2025
0

Alor Setar: Dua individu termasuk seorang penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kedudukan dengan mencadangkan dan bersubahat dengan...

5 Termasuk Empat Pengarah Syarikat Direman Kes Dokumen Palsu Permit Pekerja Asing

5 Termasuk Empat Pengarah Syarikat Direman Kes Dokumen Palsu Permit Pekerja Asing

24/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Lima individu, termasuk empat pengarah syarikat dengan seorang daripadanya warga Bangladesh ditahan selepas disyaki mengemukakan dokumen palsu bagi...

Next Post
Mahkamah Benar Permohonan Bung Moktar, Isteri Tangguh Bicara Bela Diri

Mahkamah Benar Permohonan Bung Moktar, Isteri Tangguh Bicara Bela Diri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd