• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden China, Xi Jinping Adakan Pertemuan Dengan PM Di Seri Perdana

oleh Mohd Arshad
16/04/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Presiden China, Xi Jinping Adakan Pertemuan Dengan PM Di Seri Perdana
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Presiden China, Xi Jinping tiba di Kompleks Seri Perdana di sini, bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

Beliau dan delegasinya tiba pada jam 5.05 petang dan disambut oleh Perdana Menteri.

Kedua-dua pemimpin dijangka menumpukan kepada usaha untuk mengukuhkan hubungan dan bertukar pandangan mengenai isu serantau serta antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, selain akan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU).

Perdana Menteri juga akan menganjurkan majlis makan malam rasmi di Kompleks Seri Perdana bagi meraikan Jinping.

Jinping tiba di Malaysia petang semalam, untuk mengadakan lawatan negara selama tiga hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Pagi tadi, Jinping disambut dengan istiadat sambutan negara, diikuti kunjungan menghadap Sultan Ibrahim di Istana Negara.

Sultan Ibrahim juga berkenan meraikan beliau dan delegasinya dalam satu majlis santapan negara.

Lawatan Jinping adalah sebahagian daripada siri lawatan negara pertama beliau pada tahun ini, yang turut merangkumi Vietnam dan Kemboja.

Kali terakhir Presiden China itu mengadakan lawatan negara ke Malaysia adalah pada 2013, menyaksikan kedua-dua negara meningkatkan hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.

Semalam, Jinping dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan China di Kuala Lumpur, berkata beliau berharap lawatan negaranya ke Malaysia akan mengukuhkan lagi persahabatan antara kedua-dua negara, menyambut ’50 tahun keemasan’ dalam hubungan China-Malaysia.

Beliau yakin dengan usaha bersama China dan Malaysia, ia akan menjadi lawatan yang membuahkan hasil.

Malaysia dan China menjalinkan hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974, dan kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun lalu.

Selama 16 tahun berturut-turut sejak 2009, China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia.

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara bernilai RM484.12 bilion pada 2024, mewakili 16.8 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan global Malaysia (RM2.88 trilion).

BHonline-

Tags: Anwar IbrahimChinaXi Jinping
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd