• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penangguhan Tarif AS Beri Kelegaan Sementara – PM Anwar

oleh Mohd Arshad
10/04/2025
dalam Terkini
4
Penangguhan Tarif AS Beri Kelegaan Sementara – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penangguhan pelaksanaan tarif selama 90 hari yang diumum Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memberi kelegaan sementara kepada Malaysia.

Malaysia adalah antara 75 negara yang diberi penangguhan itu oleh pentadbiran Trump.

Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penangguhan itu memberikan kelegaan sementara kepada Malaysia.

“Malaysia terbabit (dalam penangguhan), melegakan sebentar,” katanya ringkas ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Malaysia antara negara yang terbabit dalam penangguhan pelaksanaan tarif baharu AS.

Dalam langkah terbaharunya, Trump mengumumkan pengurangan kadar tarif timbal balas ke atas import daripada kebanyakan rakan dagang AS kepada 10 peratus selama 90 hari untuk memberi ruang kepada rundingan.

Presiden AS itu membuat pengumuman berkenaan beberapa jam selepas barangan dari hampir 90 negara dikenakan tarif timbal balik yang lebih ketat oleh negara Uncle Sam itu.

Bagaimanapun, Trump mengenakan lebih banyak cukai ke atas China dalam apa yang kini menjadi konfrontasi berskala penuh antara dua ekonomi terbesar dunia.

Presiden AS itu menaikkan tarif yang dikenakan ke atas import dari China kepada 125 peratus berkuat kuasa serta-merta.

Terdahulu, Anwar tiba di pekarangan Menara PETRA pada jam 1 tengah hari dan disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yussof.

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira setengah jam menikmati juadah Aidilfitri serta beramah mesra dengan warga PETRA sebelum meninggalkan majlis.

BHonline-

Tags: Donald TrumppenangguhanTarif AS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Gantung MOU Dengan AS Selepas Israel Tetap Buat Kurang Ajar Serang Lubnan

Iran Gantung MOU Dengan AS Selepas Israel Tetap Buat Kurang Ajar Serang Lubnan

19/06/2026
0

Oleh Mynewshub  TEHRAN, 19 Jun — Iran dilaporkan menggantung keseluruhan tempoh rundingan selama 60 hari bersama Amerika Syarikat (AS) susulan...

Trump Di G7: ‘Tanpa Amerika Syarikat, Israel Tidak Akan Wujud’

Trump Di G7: ‘Tanpa Amerika Syarikat, Israel Tidak Akan Wujud’

17/06/2026
0

Oleh Mynewshub  EVIAN, PERANCIS – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencetuskan perhatian antarabangsa apabila mengeluarkan kenyataan tegas mengenai hubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd