• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

oleh AK-47
12/04/2025
dalam Jenayah
4
Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT – Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki menikam dua rakan senegaranya dalam kejadian di sebuah kebun sayur di Jalan RE di sini, awal pagi Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Superintenden Mohd Rohaizimi Razali berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada majikan sekitar jam 1.54 pagi.

“Berdasarkan maklumat, ketiga-tiga pekerja berusia 30-an baru bekerja di premis itu sejak dua bulan lalu dan dipercayai telah mabuk sebelum terlibat dalam pergaduhan.

“Suspek yang dilantik sebagai mandur bertindak menikam kedua-dua rakannya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada majikan dan melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Mohd Rohaizimi, mayat kedua-dua mangsa ditemui di bahagian luar rumah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk dibedah siasat.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Sinar Harian

Tags: Mandurtikam
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

13/09/2025
0

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak...

Penghantar Makanan Tikam Isteri Dan Anak Kena Jel 6 Tahun, Dua Sebatan

Penghantar Makanan Tikam Isteri Dan Anak Kena Jel 6 Tahun, Dua Sebatan

27/11/2024
0

AMPANG: Seorang penghantar makanan dipenjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menikam isteri dan anaknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd