• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

oleh Mohd Arshad
28/04/2025
dalam Politik
0
Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan pertambahan majoriti daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, Orang Asli dan lain-lain membuktikan rakyat sudah kembali menyokong parti tersebut.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun terdapat beberapa analisis mendakwa calon di PRK Ayer Kuning tidak mendapat sokongan besar, hakikatnya BN hanya kekurangan undi di satu Pusat Daerah Mengundi (PDM) sahaja, itu pun dengan perbezaan sebanyak 88 undi.

“Manakala di PDM-PDM lain, kita telah berjaya merampas sepenuhnya. Ini menunjukkan peningkatan sokongan bukan sahaja daripada pengundi Melayu, tetapi juga daripada pengundi Cina, India dan Orang Asli,” katanya.

Beliau berlata demikain pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan Majlis Hari Raya Aidilfitri Kesedar 2025 di Dataran Awam Kampung Jerek, di sini, pada Isnin.

Hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Zawawi Othman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim.

Menurut beliau, walaupun kadar keluar mengundi hanya 58 peratus, faktor itu dipercayai disebabkan pengundi Ayer Kuning yang tinggal di luar kawasan tidak pulang selepas sambutan Hari Raya dan perayaan lain sebelum ini.

Ujarnya, paling penting, BN bukan sahaja berjaya mempertahankan kerusi tersebut, malah majoriti yang diperoleh juga meningkat lebih dua kali ganda.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid turut menzahirkan rasa syukur atas kekuatan jentera parti dan kesungguhan semua pihak yang bertungkus-lumus sepanjang kempen PRK.

“Syukur, jentera kita bekerja kuat dan ia terbukti apabila pengundi kembali menyokong UMNO dan BN,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad atas peranan beliau sebagai Pengerusi BN Perak dan Pengarah Pilihan Raya di negeri itu yang berjaya memastikan kemenangan dalam PRK Ayer Kuning baru-baru ini.

SinarHarian-

Tags: Ahmad ZahidBNPRK Ayer Kuning
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

Next Post

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

PRK Ayer Kuning: Lebih 50 Peratus Keluar Mengundi Setakat Jam 3 Petang

PRK Ayer Kuning: Lebih 50 Peratus Keluar Mengundi Setakat Jam 3 Petang

26/04/2025
1

Tapah: Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah berjalan lancar dengan peratusan keluar mengundi...

Next Post
Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd