• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Paip Gas: 270 Rumah Dibenar Didiami Semula

oleh Mohd Arshad
08/04/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Letupan Paip Gas: 270 Rumah Dibenar Didiami Semula
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Sebanyak 270 daripada 437 buah rumah yang terjejas dalam insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights, di sini, dibenarkan untuk didiami semula.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan serta penelitian telah dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR), dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Selain itu, sebanyak 571 kenderaan yang terjejas telah dinilai.

“Daripada jumlah itu, 88 kenderaan mengalami kerosakan lebih 50 peratus, 332 kenderaan kerosakan bawah 50 peratus, manakala 151 kenderaan tidak terjejas,” katanya dalam sidang akhbar di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Putra Heights, di sini pada Selasa.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan kerosakan rumah yang terjejas dalam insiden terbabit baru-baru ini dianggarkan berjumlah RM65.4 juta, termasuk kos untuk pendawaian.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika kejadian telah berjaya menyelamatkan aset bernilai lebih RM285.9 juta.

Kediaman telah dibahagikan kepada tiga tahap kerosakan: musnah sepenuhnya (lebih daripada 40 peratus kerosakan struktur), sebahagian rosak (kurang daripada 40 peratus kerosakan struktur), terjejas tetapi tidak terbakar (tiada kerosakan struktur).

Sebelum ini dilaporkan, kebakaran saluran gas Petronas pada 1 April lalu mengakibatkan api menjulang hingga lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

SinarHarian-

Tags: insiden letupan saluran paip gasPutra Heights
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Isu Letupan Gas Di Putra Heights: Sesi Taklimat Khas Kepada Wakil Rakyat Esok – MB

Isu Letupan Gas Di Putra Heights: Sesi Taklimat Khas Kepada Wakil Rakyat Esok – MB

06/07/2025
0

KLANG: Sesi taklimat khas kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor berhubung isu letupan saluran paip...

Letupan Paip Gas Putra Heights: Polis Klasifikasi Tiada Tindakan Lanjut (NFA)

Letupan Paip Gas Putra Heights: Polis Klasifikasi Tiada Tindakan Lanjut (NFA)

01/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis mengklasifikasikan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu sebagai Tiada Tindakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd