• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kebocoran Gas Tak Biasa Berlaku, Harap Rumah, Kereta Mangsa Ada Perlindungan Insurans Khas’

oleh Mohd Arshad
04/04/2025
dalam Terkini
1
‘Kebocoran Gas Tak Biasa Berlaku, Harap Rumah, Kereta Mangsa Ada Perlindungan Insurans Khas’
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Meskipun kehilangan harta benda dianggarkan bernilai puluhan juta ringgit akibat letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, Subang Jaya, namun timbul kebimbangan rumah dan kereta mangsa mungkin tidak dilindungi insurans.

Pengerusi Pertubuhan Bertindak Peguam dan Intelek Kelantan, Nik Saiful Adli Burhan, berkata ini berikutan kejadian kebocoran gas bukan sesuatu yang lazim atau boleh dijangka berlaku di bawah polisi insurans standard.

Beliau berkata, kes sebegini tidak termasuk dalam perlindungan biasa dan hanya boleh dituntut di bawah perlindungan khas yang tidak diambil berat oleh kebanyakan pemilik harta.

“Dalam menilai hak tuntutan mangsa, rujukan akan dibuat kepada Akta Bekalan Gas 1993 dan prinsip liabiliti ketat atau mutlak terhadap penyelenggaraan paip gas oleh Petronas.

“Selain itu, perlu juga dilihat kepada Prinsip Kejiranan bagi menentukan kewajipan penjagaan dan siapa pihak yang melanggarnya serta apa kewajipan yang dilanggar,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Kebocoran paip gas Petronas sepanjang 500 meter di Putra Heights menyebabkan kebakaran yang merosakkan 78 rumah, 148 kereta dan 111 mangsa cedera dalam kejadian pada pagi 2 Syawal lalu.

Nik Saiful berkata, Akta Bekalan Gas 1993 menetapkan tanggungjawab pihak yang menguruskan bekalan gas termasuk aspek keselamatan dan penyelenggaraan infrastruktur serta Seksyen 30 menyatakan pemegang lesen (seperti Petronas) bertanggungjawab memastikan pemasangan, pengendalian serta penyelenggaraan sistem gas dilakukan dengan selamat.

Katanya, bagi Seksyen 32 pula memperuntukkan penalti terhadap pihak yang gagal mengambil langkah wajar dalam memastikan keselamatan awam.

“Berdasarkan peruntukan ini, Petronas sebagai pemegang lesen mungkin mempunyai tanggungjawab memastikan sistem paip gasnya tidak menimbulkan bahaya kepada penduduk sekitar.

“Sekiranya terbukti terdapat kecuaian dalam penyelenggaraan atau pemantauan paip gas, bukan saja denda dan penalti boleh dikenakan, tetapi mangsa yang terkesan juga boleh menuntut ganti rugi atau kerugian dialami ke pihak mahkamah,” katanya.

Dalam menentukan sama ada Petronas atau pemaju lebih bertanggungjawab, beliau berkata, mahkamah akan menilai adakah kewajipan penjagaan wujud dan jika Petronas atau pemaju mempunyai kawalan atau potensi bahaya, mereka wajib mengelakkannya dan adakah kewajipan ini dilanggar.

Selain itu, katanya, jika terdapat kelalaian dalam penyelenggaraan paip gas oleh Petronas atau dalam pembangunan kawasan oleh pemaju, maka kewajipan penjagaan ini sudah dilanggar.

“Seandainya pelanggaran menyebabkan kerugian, mangsa boleh menuntut ganti rugi jika mengalami kecederaan, kehilangan harta benda atau kerosakan lain akibat kebocoran gas ini, penentuan liabiliti ini bergantung kepada siasatan lanjut dan fakta kes akan ditentukan mahkamah,” katanya.

Nik Saiful berkata, sekiranya mahkamah mendapati Petronas atau pemaju bertanggungjawab atas kejadian ini, pemilik boleh membuat tuntutan ganti rugi bagi harta benda yang rosak bagi menerima pampasan.

“Mahkamah akan menentukan pembahagian lialibiti mengikut pertimbangan selepas menilai semua keterangan termasuk saksi awam, saksi pakar dan mangsa,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Insiden Kebocoran GasPutra Heights
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Isu Letupan Gas Di Putra Heights: Sesi Taklimat Khas Kepada Wakil Rakyat Esok – MB

Isu Letupan Gas Di Putra Heights: Sesi Taklimat Khas Kepada Wakil Rakyat Esok – MB

06/07/2025
0

KLANG: Sesi taklimat khas kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor berhubung isu letupan saluran paip...

Letupan Paip Gas Putra Heights: Polis Klasifikasi Tiada Tindakan Lanjut (NFA)

Letupan Paip Gas Putra Heights: Polis Klasifikasi Tiada Tindakan Lanjut (NFA)

01/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis mengklasifikasikan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu sebagai Tiada Tindakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd