• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JIM Bongkar Eksploitasi Buruh Paksa Didalangi Warga Bangladesh

oleh Mohd Arshad
17/04/2025
dalam Jenayah
1
JIM Bongkar Eksploitasi Buruh Paksa Didalangi Warga Bangladesh
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar aktiviti eksploitasi buruh paksa yang didalangi warga Bangladesh dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di Seremban, Negeri Sembilan, kelmarin.

Serbuan pada 10.40 pagi di asrama pekerja oleh Pasukan Pencegahan ATIPSOM dan AMLA Bahagian Penguatkuasaan JIM Putrajaya menahan dua lelaki warga Bangladesh yang disyaki mengeksploitasi rakan senegara.

Ketua Pengarah JIM Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi dengan kerjasama JIM Negeri Sembilan dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan itu susulan maklumat awam serta risikan yang dijalankan pihaknya sebelum itu.

Menurutnya, dalam operasi itu, pasukan berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 33 tahun yang dipercayai dieksploitasi sebagai buruh paksa.

“Dua lelaki warganegara sama berusia 29 dan 36 tahun disyaki bertindak sebagai pemangsa turut ditahan dalam operasi berkenaan.

“Berdasarkan soal siasat dijalankan, mangsa memaklumkan dibawa kedua-dua suspek ke asrama penginapan itu untuk membincangkan mengenai tawaran pekerjaan, sebaliknya dianiaya.

“Mangsa turut mendakwa dipukul dan didera, malah pasport dan telefon bimbitnya dirampas serta disimpan oleh suspek,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JIM Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, pemeriksaan lanjut dilakukan pasukan serbuan berjaya menemukan pasport, telefon bimbit dan beberapa dokumen milik mangsa dalam simpanan suspek.

Katanya, ketiga-tiga warga asing itu dibawa ke Ibu Pejabat JIM Putrajaya untuk siasatan lanjut bagi melihat sekiranya wujud kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).

Dalam operasi sama, beliau berkata, pasukan turut menahan 85 pekerja warga asing kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Katanya, kesemua ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia dan Vietnam berusia antara 19 hingga 35 tahun.

Beliau berkata, JIM sentiasa memandang serius isu warga asing dan akan meneruskan operasi penguatkuasaan serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan.

Beliau turut mengalu-alukan kerjasama masyarakat sekiranya mempunyai

maklumat mengenai jenayah pemerdagangan orang bagi memastikan tindakan undang-undang boleh diambil, selaras usaha kerajaan membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

-Harian Metro

Tags: buruh paksaJIMWarga Bangladesh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Dapat Kelulusan Eksport Kelapa Segar Ke China – Mohamad

Next Post

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

Related Posts

JIM Gempur Dua Pusat Hiburan, 46 Ditahan Termasuk Tiga Majikan

JIM Gempur Dua Pusat Hiburan, 46 Ditahan Termasuk Tiga Majikan

11/11/2024
0

Johor Bahru: Bukan sahaja menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS), seramai 36 wanita warga asing dikesan turut melakukan aktiviti tidak bermoral...

JIM Selamatkan Lelaki Jadi Buruh Paksa Bawah Umur

JIM Selamatkan Lelaki Jadi Buruh Paksa Bawah Umur

17/08/2024
0

Shah Alam : Seorang lelaki warga asing bawah umur yang disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa diselamatkan dalam operasi membanteras...

Next Post
KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna 'Smartboard' Menjelang 2027

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd