• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim Minta Henti Tayang Video Lakonan Semula Ibu Zayn Rayyan

oleh Mohd Arshad
22/04/2025
dalam Terkini
2
Hakim Minta Henti Tayang Video Lakonan Semula Ibu Zayn Rayyan
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini membenarkan beberapa klip video lakonan semula Ismanira Abdul Manaf ketika ditahan reman ditayangkan di mahkamah.

Hakim Dr Syahliza Warnoh berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima permohonan pendakwaan melalui saksi pendakwaan ke-28, Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail, 38, yang juga pegawai penyiasat kanan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Mahkamah memutuskan untuk membenarkan permohonan pendakwaan untuk video itu (lakonan semula) dimainkan semula, untuk isu ‘admissibility’ (kebolehterimaan bukti di mahkamah) mahkamah akan buat keputusan di akhir kes pendakwaan,” katanya.

Terdahulu, video lakonan semula itu dibantah peguam, Haresh Mahadevan yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin iaitu Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari mengikut Seksyen 113 Kanun Tatacara Jenayah.

Haresh: Boleh saya tanya di bawah peruntukan mana keputusan mahkamah ini?

Dr Syahliza: Mahkamah akan beri alasan dalam ‘ground judgement’ (alasan penghakiman).

Haresh kemudian tetap membantah perkara itu dan meminta Dr Syahliza membuat keputusan segera mengenai isu ‘admissibility’ dan bukan ketika pada akhir pendakwaan.

“Jadi Yang Arif (Dr Syahliza) tidak ikut nas-nas autoriti daripada mahkamah?” soalnya.

Syahliza berkata, mahkamah sudah mempertimbangkan dan akan membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Beberapa klip video dimainkan untuk pengecaman dan Syahliza bertanyakan Mohd Hafizee berapa klip video yang ada.

“Berapa banyak video kita ada, sebab mahkamah tidak pernah diserahkan video-video ini, boleh terangkan apa video itu?” tanya hakim.

Mohd Hafizee menjawab: “Banyak video dan semua sudah dipotong-potong”.

Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin meminta Mohd Hafizee menerangkan video yang ditayangkan untuk pengecaman berkenaan.

“Video ini adalah permulaan menunjukkan di mana berlakunya, rakaman lakonan semula menunjukkan kejadian kehilangan si mati, dan yang kedua tunjuk lokasi permulaan kejadian,” kata Mohd Hafizee yang tidak dapat menghabiskan keterangannya selepas dibantah Haresh.

Raja Zaizul Faridah: Mahkamah dah buat keputusan, seharusnya pihak-pihak perlu menghormati keputusan mahkamah. Kalau ada yang tak puas hati, boleh buat rayuan.

Haresh: Tapi kalau tanya saksi, saksi akan beritahu apa dia (Ismanira) cakap.

Syahliza: Mahkamah akan tentukan yang mana mungkin prejudis kepada tertuduh.

Bagaimanapun, selepas melihat permulaan beberapa klip video yang mengandungi kenyataan tertuduh, Syahliza terus menghentikan rakaman video itu.

“Selepas saya melihat video ini mengandungi ‘statement’ daripada pihak (tertuduh), untuk itu mahkamah akan menghentikan (tayangan) rakaman video ini.

“Ini bukan video lakonan semula yang statik, apa pun mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan keseluruhan keterangan saksi (yang beri keterangan),” katanya.

Dalam prosiding hari ini, Mohd Hafizee selesai memberi keterangan pada pemeriksaan utama dan akan disoal balas oleh peguam dalam prosiding esok.

Mengikut pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia enam tahun (ketika kejadian), didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini antara jam 12 tengah hari, 5 Disember dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Justeru, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-Berita Harian

Tags: HakiKes Zayn Rayyan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fitnah Khairy, Pendakwah Bebas Diperintah Bayar RM2.5 Juta

Next Post

Pemandu Honda Jazz Tidak Mengaku Pandu Secara Berbahaya Korbankan 3 Nyawa

Related Posts

Kes Zayn Rayyan: Mesej ‘Lantak Lah Hidup Ke Nak Mati’ Gurauan Kasar Suami Isteri – Pakar Psikologi

Kes Zayn Rayyan: Mesej ‘Lantak Lah Hidup Ke Nak Mati’ Gurauan Kasar Suami Isteri – Pakar Psikologi

05/08/2025
0

PETALING JAYA – Seorang doktor pakar psikologi kanak-kanak memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bahawa, kiriman WhatsApp ‘lantak lah...

‘Ismanira Lemah Lembut, Penyayang’ – Saksi Pembelaan Kes Pengabaian Zayn Rayyan

‘Ismanira Lemah Lembut, Penyayang’ – Saksi Pembelaan Kes Pengabaian Zayn Rayyan

24/07/2025
0

PETALING JAYA: Seorang saksi dalam kes pengabaian Zayn Rayyan Abdul Matin, mendedahkan dia tidak pernah melihat kanak-kanak autistik itu dan...

Next Post
Pemandu Honda Jazz Tidak Mengaku Pandu Secara Berbahaya Korbankan 3 Nyawa

Pemandu Honda Jazz Tidak Mengaku Pandu Secara Berbahaya Korbankan 3 Nyawa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd