SUBANG JAYA: Sebanyak 50 kereta akan disediakan selama sebulan bagi membantu mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights, kata EXCO Selangor, Ng Sze Han.
Menurut Sze Han, inisiatif itu dilaksanakan susulan kesukaran dialami mangsa apabila kenderaan mereka rosak akibat kebakaran berkenaan yang mana bahang api dikatakan mencecah 1,000 darjah Celsius.
“Pagi ini, Chery Malaysia bersetuju untuk membekalkan 50 kereta kepada mangsa yang memerlukan selama sebulan.
“Ia akan diberikan berdasarkan siapa cepat, dia dapat, dan permohonan boleh dibuat melalui pejabat saya atau pejabat Preakas Sampunathan,” katanya.
Ng menambah bahawa kenderaan itu akan disalurkan secepat mungkin selepas proses pemilihan bagi memastikan ia sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Jumlah keseluruhan nilai inisiatif ini dianggarkan RM500,000.
Akibat letupan disusuli kebakaran besar paip gas sepanjang 500 meter di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, semalam secara keseluruhan lebih 300 premis rosak dengan 78 rumah dikategorikan ‘total loss’ selain 10 unit rumah kedai yang sedang dibina.
Kebakaran itu turut menyebabkan 148 kereta dan 11 motosikal rosak.
BHonline-

