• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Beg Di Tangga Rumah

oleh Mohd Arshad
25/04/2025
dalam Utama & Sensasi
2
Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Beg Di Tangga Rumah
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Dibalut dengan kain batik dan diletakkan dalam beg berwarna hijau. Itulah nasib bayi lelaki yang ditinggalkan di tangga sebuah rumah di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan yang terdengar bunyi tangisan bayi malang itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima laporan daripada ketua kampung yang memaklumkan menemui bayi diletakkan di dalam beg warga hijau di tangga rumah seorang penduduk.

Katanya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan awal.

“Hasil siasatan, kira-kira jam 5.30 pagi, seorang lelaki tempatan menemui sebuah beg warga hijau dan terdapat bayi lelaki dengan dibaluti kain batik.

“Orang awam kemudian membawa bayi ke beranda rumah sebelum menghubungi ketua kampung bagi memaklumkan kejadian itu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati bayi lelaki cukup sifat dan baru dilahirkan berdasarkan bayi itu masih bertali pusat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

“Polis memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, beliauturut menghargai tindakan penduduk kampung yang segera melaporkan kejadian itu serta mengingatkan bahawa pembuangan bayi adalah satu kesalahan jenayah yang serius dan tidak berperikemanusiaan.

BHonline-

Tags: bayi lelakitangga rumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rasuah: Mahkamah Kembalikan Hukuman Penjara 6 Bulan, Denda RM25,000 Terhadap Bekas Hakim

Next Post

Lelaki Tikam Peminta Sedekah Hingga Mati Ada Kad OKU – Polis

Related Posts

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

Bayi Lelaki Bertali Pusat Ditemukan Di Tepi Jalan

Bayi Lelaki Bertali Pusat Ditemukan Di Tepi Jalan

08/03/2025
1

SEMPORNA: Bayi lelaki berbungkus kain yang masih bertali pusat ditemui di tepi jalan Kampung Keramat dekat sini, tengah hari semalam....

Next Post
Lelaki Tikam Peminta Sedekah Hingga Mati Ada Kad OKU – Polis

Lelaki Tikam Peminta Sedekah Hingga Mati Ada Kad OKU - Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd