• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Adakah Kerana Miskin, Ada Rekod Jenayah, Maka Itu Lesen Untuk Sesiapa Pukul Saya? – Penjual belon

oleh Mohd Arshad
06/04/2025
dalam Terkini
0
‘Adakah Kerana Miskin, Ada Rekod Jenayah, Maka Itu Lesen Untuk Sesiapa Pukul Saya? – Penjual belon
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: ‘Adakah sebab saya pernah ada kes (rekod jenayah) maka saya tidak boleh mencari rezeki halal? Salahkah saya,” demikian luahan Muhamad Za’imuddin Azlan.

Muhamad Za’imuddin meluahkan perkara itu dalam sesi bertemu media selepas tampil membuat laporan polis pertamanya berhubung insiden kekecohan yang berlaku pada jam 11.50 malam, 28 Mac lalu di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), di sini.

Katanya, dia kesal kerana ketika kejadian, dia hanya mengambil kesempatan mencari sedikit rezeki bagi perbelanjaan sambutan Aidilfitri selain membantu kos pembedahan penyakit hernia atau angin pasang yang akan dijalaninya.

“Oleh kerana tidak banyak kerja sebagai kedi golf pada bulan Ramadan, saya mengambil kesempatan melakukan kerja sampingan menjual belon dengan upah antara RM20 hingga RM30 bagi membantu meringankan beban keluarga untuk meraikan Hari Raya Puasa.

“Adakah sebab saya pernah ada kes maka saya tidak boleh mencari rezeki halal, saya di Sogo hanya jual belon, saya bukannya jual dadah, kalau saya dikatakan bekas penjenayah (ada rekod), adakah itu lesen untuk saya dipukul, ditendang, diterajang, ditekup.

“Kenapa saya diperlakukan secara zalim, saya orang Malaysia, adakah DBKL boleh layan saya macam sampah,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Sesi sidang media itu terhenti seketika selepas Muhamad Za’imuddin yang ditemani ibunya Hasnah Mat Isa, 54, menangis berulang kali membacakan teks yang sudah disediakan sendiri olehnya.

Dia mengadakan sidang media dengan ditemani peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dan pengamal perubatan swasta Dr Hafidz Rizal Amran.

Muhamad Za’imuddin hanya menamatkan persekolahan ketika berada di Tingkatan Tiga, turut merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan moral dan mendoakan kesihatannya dan keluarganya termasuk kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan keluarganya.

“Saya ambil tindakan ini kerana ingin mempertahankan diri, saya ada maruah, saya berterima kasih kepada semua yang membantu saya, Ampun Tuanku, patik junjung kasih atas kehadiran anakanda Tuanku, Al-Sultan Abdullah ke hospital mengunjungi patik.

“Kepada yang komen dan berikan kata-kata hina, saya doakan apa yang dilalui oleh saya tidak akan dilalui oleh anda semua.

“Saya lihat video saya dipukul viral, saya mohon maaf kepada ibu, ayah, kakak dan adik saya, saya nak berubah, bukan mudah jadi orang miskin dan susah, kepada pihak berkuasa tolong jaga integriti, tolong bertindak ikut undang-undang, saya hanya mencari sesuap nasi bagi diri saya dan keluarga saya, kami pun hendak berhari raya macam orang lain ,” katanya.

BHonline-

Tags: DBKL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Sahkan Terima Laporan Barang Kemas Mangsa Dicuri, Suami Trauma, Pemandu XPander Sudah Beri Kenyataan

Next Post

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

Related Posts

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

09/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki membuat ugutan jenayah terhadap pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

DBKL Siasat Medan Selera Sedia Pakej GRO, Pelacur

DBKL Siasat Medan Selera Sedia Pakej GRO, Pelacur

22/06/2024
0

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyiasat premis medan selera di Jalan Kalong, Pudu, yang turut menyediakan...

Next Post
Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd