• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Diyakini Adil, Profesional Siasat Kes Ismail Sabri – Zahid

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
SPRM Diyakini Adil, Profesional Siasat Kes Ismail Sabri – Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

MASJID TANAH: Kerajaan yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan secara adil dan profesional dalam kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia terbukti menerusi pendakwaan yang dilaluinya sebelum ini yang membuktikan dirinya bebas daripada semua 47 pertuduhan.

“Kita menghormati SPRM dan kita berharap SPRM berlaku adil dan tentunya profesional dalam melakukan penyiasatan.

“Secara peribadi, saya juga pernah mengalami keadaan itu… jelas apabila kes saya dibawa ke mahkamah walaupun pelbagai pihak melemparkan tuduhan dan sebagainya, akhirnya keadilan dapat ditegakkan.

“Dan saya harap perkara sama akan berlaku di mahkamah (dalam kes Ismail Sabri), itulah harapan kita kepada SPRM,” katanya selepas merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan (MSKR) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Masjid Ar-Rahman Kampung Rantau Panjang, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

SPRM melalui sidang media pada 3 Mac lalu mendedahkan penemuan wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa serta 16 kilogram jongkong emas tulen dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

Semua itu dirampas di tiga premis termasuk sebuah ‘safe house’ berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Bera itu.

Pada 4 September 2023, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi selepas 77 hari dibicarakan.

-Sinar Harian

Tags: Kes Ismail SabriSPRM
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd