• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Bantu Siasatan

oleh Mohd Arshad
01/03/2025
dalam Terkini
0
SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Bantu Siasatan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Menurut sumber, SPRM telah mengambil keterangan Ahli Parlimen Bera itu pada minggu lalu.

“Ia hasil maklumat yang diterima dan risikan terbaharu, SPRM telah memanggil serta menemuduga beliau (Ismail Sabri) selama kira-kira lima jam bagi membantu siasatan.

“SPRM tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula beliau, namun ia bergantung pada masa dan keadaan, terutama tahap kesihatannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Sebelum itu, empat bekas pegawai termasuk dua individu bergelar Datuk yang mempunyai kaitan dengan Ismail Sabri telah direman oleh SPRM pada 21 Februari lalu kerana disyaki terbabit dalam rasuah.

Selain itu, seorang pegawai eksekutif sebuah yayasan dan seorang wanita yang juga pembantu kepada seorang pegawai khas terbabit turut ditahan oleh agensi antirasuah tersebut.

Penahanan itu dilakukan SPRM mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Berikutan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dalam kenyataan pada Khamis lalu, dilaporkan berkata bahawa lapan lagi saksi akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung penahanan empat pegawai bekas Perdana Menteri ke-9 itu.

Difahamkan, beberapa kes sedang disiasat oleh SPRM ketika ini, antaranya membabitkan perbelanjaan dana kerajaan berjumlah RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti.

-Sinar Harian

Tags: SPRM
Share217Tweet136SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd