• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

oleh Mohd Arshad
27/03/2025
dalam Terkini
0
Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman AS$14.57 juta difailkan terhadapnya oleh Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Lubnan, berhubung kehilangan lebih 40 barang kemas.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk P Ravinthran, Datuk Dr Choo Kah Sing dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, membuat keputusan itu pada hari ini selepas membenarkan rayuan Rosmah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya pada Mei tahun lalu.

Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu, Kah Sing berkata, isteri Datuk Seri Najib Razak itu telah membuktikan kes prima facie untuk diberikan kebenaran mengeluarkan notis pihak ketiga.

Beliau berkata, pihak ketiga yang dicadangkan mempunyai kewajipan statutori dalam menjaga dan mengawal barang kemas terbabit bawah Seksyen 413(5) Kanun Tatacara Jenayah, sekali gus mewujudkan kaitan antara Rosmah dengan kedua-duanya.

“Sekiranya pihak ketiga yang dicadangkan didapati melanggar kewajipan statutori mereka, Rosmah boleh memohon ganti rugi daripada mereka,” katanya.

Pada 29 Mac 2023, Global Royalty memfailkan saman itu mendakwa Rosmah telah berbohong dengan menyatakan 44 barang kemas, termasuk rantai berlian, gelang dan tiara yang dihantar kepadanya oleh ejen syarikat itu, telah disita oleh pihak berkuasa Malaysia bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Syarikat berpangkalan di Beirut itu mendakwa ia kerana hanya satu daripada 44 barang kemas terbabit berada dalam simpanan serta kawalan pihak polis, manakala baki 43 barang kemas milik plaintif tidak berada dalam simpanan pihak berkuasa terbabit.

Global Royalty juga mendakwa Rosmah mengalihkan beban kepada Kerajaan Malaysia sedangkan barang kemas itu sebenarnya telah hilang.

Melalui permohonannya untuk memulakan prosiding berkenaan terhadap kerajaan dan polis, Rosmah mendakwa barang kemas yang dipertikaikan itu tiada dalam milikan beliau kerana telah disita oleh pihak berkuasa.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 29 Mei depan sebagai pengurusan kes untuk menentukan tarikh perbicaraan.

Pada prosiding hari ini, peguam Rajivan Nambiar dan Nur Aiman Sharizal mewakili Rosmah, manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, Nur Ezdiani Roleb serta Peguam Persekutuan Syafiq Affandy Hasan hadir bagi pihak kerajaan dan polis.

Peguam, Venothani Rajagopal pula mewakili Global Royalty.

-Berita Harian

Tags: KerajaanPDRMrosmah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 45 laporan berhubung isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Laporan...

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

04/12/2025
0

Kuala Lumpur: Bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses kandungan dalam talian, kerajaan dalam proses mengawal selia platform untuk menyekat pengguna bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd