• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

oleh Mohd Arshad
19/03/2025
dalam Terkini
1
Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mula mendengar hujahan daripada pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin berkata demikian ketika prosiding bermula jam 12.15 tengah hari.

Ahmad Zaidi Ibrahim berkata, mahkamah akan mendengar hujahan Syed Saddiq selaku perayu terlebih dahulu yang kemudian hujahan daripada pihak pendakwaan selaku responden disambung esok.

“Hari ini kita dengar rayuan perayu terlebih dahulu dan akan berhenti seketika. Esok, kita boleh sambung dengan hujahan daripada pihak pendakwaan,” kata Ahmad Zaidi.

Pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas Syed Saddiq selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan itu.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah, dua tahun penjara dan satu sebatan bagi pertuduhan salah guna harta manakala bagi dua kesalahan pengubahan wang haram masing-masing dipenjara dua tahun dan denda RM5 juta.

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Penolong Bendahari ARMADA ketika itu, Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dana ARMADA berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, di sini, pada 6 Mac 2020.

Pertuduhan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik ARMADA Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini, antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh didenda.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Bekas Presiden MUDA itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram.

BHonline-

Tags: Mahkamah RayuanRayuanSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengorbanan 3 Guru, Berbuka Dalam Hutan Demi Murid SK Balar

Next Post

5 Best Roles for Aggressive Playstyle in Mobile Legends

Related Posts

Rasuah: Mahkamah Kembalikan Hukuman Penjara 6 Bulan, Denda RM25,000 Terhadap Bekas Hakim

Rasuah: Mahkamah Kembalikan Hukuman Penjara 6 Bulan, Denda RM25,000 Terhadap Bekas Hakim

25/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan...

Prosiding Di Mahkamah Rayuan Syed Saddiq Bermula Esok

Prosiding Di Mahkamah Rayuan Syed Saddiq Bermula Esok

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Prosiding di Mahkamah Rayuan akan bersambung semula esok dalam rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...

Next Post
5 Best Roles for Aggressive Playstyle in Mobile Legends

5 Best Roles for Aggressive Playstyle in Mobile Legends

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd