• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

oleh Mohd Arshad
21/03/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG: Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062 bilion, yang diletakkan bersama tong dram berisi lilin parafin di Pelabuhan Barat pada 25 Januari lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Deputi Komisioner Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, berkata dadah itu dirampas selepas pihaknya menyerbu sebuah gudang di pelabuhan berkenaan, dan menemukan 166 tong dram berisi bahan larangan itu dalam dua kontena.

“Pemeriksaan terhadap kedua-dua kontena masing-masing menemukan 83 tong dram berwarna biru bertulisan Paraffin Wax 3-5 peratus mengandungi pepejal mampat berwarna putih kekuningan disyaki dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Port Klang hari ini.

Mat Zani berkata kedua-dua kontena yang dipercayai dari Iran sedang dalam perjalanan ke Sydney, Australia, dan pemeriksaan mendapati ia didaftarkan sebagai bahan-bahan memproses barangan kosmetik dan juga lilin.

Kejayaan pembongkaran aktiviti sindiket dadah antarabangsa itu adalah hasil perkongsian maklumat Polis Persekutuan Australia dengan JSJN Bukit Aman, dan ia adalah kejayaan terbesar polis dalam menggagalkan cubaan penyeludupan dadah antarabangsa setakat ini.

“Kami percaya dadah yang boleh digunakan oleh 166 juta penagih ini juga adalah untuk pasaran Australia,” katanya, sambil menambah kerjasama sedang dilakukan dengan Polis Persekutuan Australia bagi mengenal pasti sindiket atau organisasi antarabangsa yang terbabit dalam penghantaran dadah berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

BHonline-

Tags: Australiasindiket pengedaran dadahSyabu
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

28/09/2025
0

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan di Tawau TAWAU, 28 Sept – Polis menahan tiga buruh tempatan dalam siri operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd