• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPKM Jamin Bekalan Telur Ayam Mencukupi

oleh Mohd Arshad
22/03/2025
dalam Terkini
0
KPKM Jamin Bekalan Telur Ayam Mencukupi
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan telur ayam di negara ini kekal mencukupi dan stabil bagi memenuhi permintaan domestik.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya bekerjasama erat dengan syarikat tempatan untuk memastikan tahap pengeluaran harian berada pada paras stabil dan memuaskan.

Selain itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus melaksanakan pemantauan rapi ke atas rantaian pengeluaran dan pengedaran telur ayam dari ladang hingga ke pengguna akhir bagi menjamin kestabilan bekalan.

“Langkah penguatkuasaan juga terus diperkukuh dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi dan kementerian lain bagi memantau aktiviti pengeksportan bekalan makanan ke luar negara.

“Kerajaan Malaysia melalui KPKM kekal komited dalam memastikan keterjaminan makanan negara melalui dasar dan pelan tindakan strategik yang menyeluruh, termasuk usaha meningkatkan kapasiti pengeluaran tempatan dan sokongan kepada industri agromakanan,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, Mohamad Sabu dilaporkan mendakwa terdapat kemungkinan pihak tertentu mengambil kesempatan menyeludup bekalan telur tempatan ke Amerika Syarikat (AS) susulan kenaikan harga telur di negara tersebut akibat kekurangan bekalan.

Menurutnya, kemungkinan itu tidak dapat ditolak memandangkan AS sebelum ini pernah meminta bantuan Malaysia untuk mengeksport telur ayam ke negara berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat agar tidak membuat spekulasi tidak berasas dan merujuk maklumat sahih melalui saluran rasmi kementerian.

“KPKM akan terus memantau perkembangan semasa dan bersedia mengambil tindakan segera sekiranya diperlukan demi memastikan kestabilan bekalan makanan negara sentiasa cukup dan terjamin,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: Bekalan TelurKPKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekalan Makanan Negara Masih Cukup 3 Hingga 4 bulan

Bekalan Makanan Negara Masih Cukup 3 Hingga 4 bulan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekalan makanan negara masih mencukupi untuk tempoh tiga hingga empat bulan ke hadapan setakat ini. Menteri Pertanian...

Keadaan Tidak Menentu, Peningkatan Kos Boleh Pengaruhi Harga Makanan – Mat Sabu

Keadaan Tidak Menentu, Peningkatan Kos Boleh Pengaruhi Harga Makanan – Mat Sabu

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Landskap global ketika ini masih tidak menentu," kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd