• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

oleh Mohd Arshad
21/03/2025
dalam Jenayah
1
Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang ejen pusat pemeriksaan kenderaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah mendapatkan nombor giliran dalam mempercepatkan proses pemeriksaan kenderaan tanpa mematuhi peraturan yang sah.

Menurut sumber, lelaki berusia 60-an terbabit menerima kira-kira RM40,000 daripada pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan nombor giliran berkenaan.

“Tangkapan suspek itu dibuat berdasarkan operasi dijalankan SPRM dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

“Ia susulan siasatan terhadap beberapa individu yang dipercayai terbabit sindiket ejen bagi mempercepatkan proses pemeriksaan kenderaan tanpa mengikuti peraturan yang sah.

“Maklumat daripada Bahagian Penguatkuasa JPJ mendapati ada individu menyalahguna sistem tempahan pemeriksaan PUSPAKOM dengan membuat tempahan pukal menggunakan nombor kenderaan secara rawak,” katanya.

Sumber berkata, individu terbabit kemudian akan menawarkan tarikh tempahan itu kepada pelanggan dengan bayaran ratusan ringgit bagi setiap slot pemeriksaan, sebelum membuat penjadualan semula tarikh untuk membolehkan permohonan baru dibuat ke dalam sistem.

“Modus operandi ini menyebabkan pelanggan biasa tidak dapat membuat tempahan slot pemeriksaan dalam masa terdekat berikutan slot sudah ditempah sepenuhnya oleh ejen,” katanya.

Berikutan itu, katanya, suspek ditahan reman lima hari sehingga 25 Mac ini bagi membantu siasatan lanjut.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, SPRM sedang mengesan beberapa lagi ejen yang disyaki menjalankan kegiatan sama dan tidak menolak kemungkinan beberapa siri tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan.

BHonline-

Tags: Ejen PUSPAKOMrasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu, Simpan Dalam Peti Sejuk Diarah Jalani Pemeriksaan Mental

Next Post

Isu Kuil: Jangan Ambil Kesempatan Cuba Jadi Jaguh – PM

Related Posts

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

29/05/2025
0

PETALING JAYA: Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kekal 'teguh' dalam usaha untuk melucut hak aset milik bekas Menteri Kewangan,...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

Next Post
Isu Kuil: Jangan Ambil Kesempatan Cuba Jadi Jaguh – PM

Isu Kuil: Jangan Ambil Kesempatan Cuba Jadi Jaguh - PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd