• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kilat Seperti ‘Kepala Air’, Penduduk Berpaut Tiang 20 Minit Elak Hanyut

oleh Mohd Arshad
23/03/2025
dalam Terkini
0
Banjir Kilat Seperti ‘Kepala Air’, Penduduk Berpaut Tiang 20 Minit Elak Hanyut
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI: Hujan lebat melanda tengah malam tadi mengakibatkan banjir kilat di Kampung Felda Air Tawar 1, dengan keadaan disifatkan seperti kepala air.

Kejadian berlaku begitu pantas sehingga ada penduduk terpaksa berpaut pada tiang untuk menyelamatkan diri awal pagi tadi.

Anizah Ali, 57, berkata kebanyakan penduduk tidak menyangka kampung mereka akan dilanda banjir kerana air sungai naik mendadak dan deras sekitar 3 pagi, sebelum surut sepenuhnya kira-kira dua jam kemudian.

“Ini banjir paling teruk pernah kami alami. Air naik sehingga paras dada, menyebabkan kami yang tinggal berhampiran sungai hanya sempat menyelamatkan diri ke tempat selamat,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu mengejutkan kerana ketika banjir melanda daerah Kota Tinggi pada Rabu lalu, kampung mereka tidak terjejas.

“Awal pagi tadi, air naik tiba-tiba seperti kepala air. Kami langsung tidak sempat menyelamatkan barang dalam rumah, termasuk kuih raya yang baru dibuat serta motosikal dan kereta,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, adiknya, Halimah, 53, yang tinggal di rumah bersebelahan, berkata dia sempat berpaut pada tiang rumah selama lebih 20 minit sebelum air beransur surut.

“Nasib baik anak lelaki saya memasang tali untuk kami berjalan kerana arus sangat deras. Saya bersyukur semua selamat, cuma risau baju dan buku sekolah dua anak turut terendam banjir,” katanya.

Bagi Nureita Amat Pale, 36, dua kereta miliknya dan suami tidak sempat diselamatkan akibat banjir kilat itu, dengan pelbagai kelengkapan perayaan, termasuk baju raya juga rosak.

“Semua barang dalam rumah tidak sempat diselamatkan. Saya juga baru sahaja menyiapkan rempeyek untuk raya malam tadi, tetapi nampaknya tiada rezeki untuk menikmatinya,” katanya.

Menurut Nureita, kesan banjir menyebabkan rumahnya dipenuhi lumpur, yang dijangka mengambil masa lama untuk dibersihkan.

Ketua Kampung Felda Air Tawar 1, Abdul Rashid A Samad berkata 500 penduduk daripada 111 rumah terjejas dalam kejadian itu, dengan banjir turut menyebabkan sebuah jambatan di kampung itu runtuh.

“Kami berharap kerajaan negeri dapat menghulurkan bantuan kepada penduduk terkesan. Aidilfitri juga semakin hampir, jadi kami berharap jambatan ini dapat diselenggara segera kerana ia digunakan oleh ramai penduduk,” katanya.

Tinjauan mendapati penduduk bertungkus lumus membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur serta membuang pelbagai barangan yang musnah akibat banjir.

BHonline-

Tags: banjir kilatkepala air
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Detik Kepala Air Tiba Mengejut Di Air Terjun Pelangi Cetus Panik Pelawat

Detik Kepala Air Tiba Mengejut Di Air Terjun Pelangi Cetus Panik Pelawat

21/12/2025
0

DOMPU – Detik cemas tercetus apabila kepala air kali kedua melanda kawasan pelancongan Air Terjun Pelangi di Dompu Regency, West...

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd