• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Abang Viva’ Ceraikan Isteri Dengan Talak Satu

oleh Mohd Arshad
17/03/2025
dalam Terkini
0
‘Abang Viva’ Ceraikan Isteri Dengan Talak Satu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Wira banjir, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ sah bercerai talak satu dengan isterinya, Evanoza Zakaria, pada 13 Mac lalu.

Peguam Syarie, Datuk Mohd Adli Ithnin, yang mewakili Evanoza, 42, atau mesra disapa Eva berkata, pasangan itu berpisah secara baik kerana sudah tiada persefahaman.

Menurut Mohd Adli, Azwan, 33, melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie Aisah Saleh dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah dekat Melaka Tengah, Melaka.

Katanya, mahkamah mensabitkan lafaz talak satu itu sebagai kali kedua selepas yang pertama, tahun lalu.

“Awalnya Eva memfailkan tuntutan cerai fasakh tapi bila serah dokumen, Azwan bersetuju cerai secara baik.

“Pada 13 Mac lalu, Azwan melafazkan cerai talak satu dan ia kali kedua kerana sebelum ini pernah (lafaz talak satu) namun mereka rujuk semula.

“Dalam kes ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak teruskan perkahwinan kerana tiada persefahaman,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sementara itu, Eva ketika dihubungi mengakui sedih dengan perpisahan berkenaan terutama kerana ia berlaku ketika Ramadan.

Bagaimanapun, beliau reda dengan ketentuan Ilahi yang menetapkan perkahwinannya hanya bertahan setakat itu.

“Walaupun baru dua tahun setengah, saya sedih dan rasa kehilangan, malah nak buat persiapan raya pun tak meriah bila jadi begini.

“Saya simpan (berita perpisahan) dan tak muat naik mengenai perceraian kerana lebih manis lelaki yang bercakap, cuma dia (Azwan) ada buat siaran langsung hingga ada yang bertanya kepada saya hal sebenar.

“Terima kasih untuk yang mendoakan hubungan kami kekal tapi jodoh setakat di sini sahaja,” katanya.

Azwan yang terkenal dengan aktiviti sukarela membantu mangsa banjir di negara ini, diijabkabulkan dengan Eva pada 14 Oktober 2022 dalam satu majlis ringkas di Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah di Ayer Keroh, Melaka.

BHonline-

Tags: Abang Vivacerai
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd