• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

90 Peratus Rakyat Dijamin Tidak Terkesan Dengan Penyasaran Subsidi RON95 – PM

oleh Mohd Arshad
28/03/2025
dalam Utama & Sensasi
0
90 Peratus Rakyat Dijamin Tidak Terkesan Dengan Penyasaran Subsidi RON95 – PM
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sebanyak 85 hingga 90 peratus rakyat negara ini dijamin tidak akan terjejas dengan apa jua kaedah yang bakal diperkenalkan menerusi penyasaran subsidi RON95 kelak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya mengulangi gesaan sedemikian memandangkan terlalu ramai mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung perkara berkenaan sejak akhir-akhir ini.

“Mekanisme secara terperinci kita akan buat tetapi saya tak fikir rakyat perlu runsing sebab 85 hingga 90 peratus mereka tak terkesan dengan apa pun kaedah yang diperkenalkan dalam isu ini.

“Janganlah dengar fitnah-fitnah yang dibangkitkan, bulan puasa pun mereka bangkit contohnya kerajaan naikkan tarif elektrik. Padahal yang naik itu untuk golongan kaya sahaja, begitu juga isu RON95.

“Ia cuma dikenakan hanya kepada warga asing dan kelompok mahakaya. Kalau pendapatan lebih RM50,000 sebulan, bayarlah sikit. Wartawan di hadapan saya pun takkan terkesan (dalam nada gurau),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Jalan Raja Uda, di sini.

Sebelum ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan, kerajaan akan mengumumkan mekanisme lengkap bagi melaksanakan penyelarasan subsidi minyak petrol RON95 kepada rakyat selepas separuh pertama tahun ini menggunakan sistem pengenalan diri, MyKad dan dua kadar harga.

Jelasnya, pembangunan mekanisme terbabit dikatakan mampu mengukuhkan kewangan negara, bagaimanapun kerajaan tidak mahu mengumumkan sesuatu pelaksanaan dasar secara terburu-buru.

Tambah beliau, RON95 akan menggunakan dua peringkat harga iaitu harga subsidi dan tanpa subsidi.

Selain itu, sistem yang bakal digunapakai dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak adalah melalui MyKad.

SinarHarian-

Tags: Penyasaran Subsidi RON95
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd