• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Kondominium Di Bangkok Diisytihar Tidak Selamat Selepas Gempa Bumi

oleh AK-47
29/03/2025
dalam Terkini
0
6 Kondominium Di Bangkok Diisytihar Tidak Selamat Selepas Gempa Bumi
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) telah mengisytiharkan enam kondominium yang mengalami kerosakan teruk sebagai tidak selamat untuk didiami susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar dan menyebabkan gegaran di ibu negara Thailand pada Jumaat.

Gabenor Bangkok Chadchart Sittipunt melaporkan hampir 1,000 laporan telah dikemukakan oleh pihak pengurusan bangunan yang terjejas dan penilaian telah dijalankan.

Menurut Chadchart, gempa bumi itu menyebabkan kerosakan kepada banyak bangunan tinggi di ibu kota dan BMA telah menempatkan lima hingga enam jurutera pakar di pusat kawalan operasi bagi menilai keutuhan struktur bangunan.

“Setakat ini, enam bangunan telah dianggap terjejas teruk dan tidak selamat untuk didiami. Jurutera akan menjalankan penilaian lanjut di lokasi menjelang malam ini,” katanya dalam sidang media selepas bertemu Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra pada lewat petang Jumaat.

Beliau menambah bahawa BMA telah menggerakkan jurutera bertauliah daripada sektor kerajaan dan swasta di seluruh Bangkok untuk membantu dalam pemeriksaan bangunan.

“Perdana Menteri juga telah mengarahkan agensi lain yang mempunyai jurutera untuk turut serta dalam usaha ini bagi mempercepatkan proses pemulihan,” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati lalu lintas di seluruh Bangkok lumpuh akibat gempa bumi yang menyebabkan semua transit massa aliran ringan yang dikendalikan oleh Bangkok Mass Transit System (BTS) dan Metropolitan Rapid Transit (MRT) digantung sementara.

Ramai orang meninggalkan tempat kerja dan sekolah serta-merta, namun kesesakan lalu lintas yang teruk menyebabkan mereka terperangkap di jalan raya, manakala ramai dilihat berjalan pulang ke rumah.

Chadchart berkata Taman Lumpini, Benjasiri, Benjakitti dan Chatuchak akan dibuka sepanjang malam pada Jumaat bagi menempatkan mereka yang tidak dapat pulang ke rumah.

Beliau berkata, Dewan Bandaraya turut menyediakan tandas bergerak dan mengagihkan air minuman di taman-taman untuk kemudahan mangsa bencana yang berasa tidak selamat di rumah atau tidak dapat pulang ke rumah.

Sementara itu, Pusat Perubatan Kecemasan Bangkok, yang lebih dikenali sebagai Pusat Erawan, penyedia utama perkhidmatan perubatan kecemasan di Bangkok, melaporkan enam kematian akibat gempa bumi itu.

Setakat 9.30 malam waktu tempatan pada Jumaat, Pusat Erawan mengesahkan bangunan Pejabat Audit Negara (SAO) di Chatuchak yang runtuh telah meragut lima nyawa, manakala kren tumbang di persimpangan Bang Pho mengakibatkan seorang maut.

Media tempatan Thailand melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan semua penerbangan keluar dan masuk ke Bangkok beroperasi seperti biasa selepas gempa bumi yang menggegarkan bandar itu.

-Bernama

Tags: bangkok
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Ditahan Di Bangkok Dalang Sindiket Ubah Wang Haram Lebih RM652.8 Juta

Rakyat Malaysia Ditahan Di Bangkok Dalang Sindiket Ubah Wang Haram Lebih RM652.8 Juta

19/12/2024
0

BANGKOK: Polis Thailand percaya yakin berjaya membanteras sindiket penipuan utama yang mendalangi kegiatan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht...

Pekerja Ladang Cedera, Perut Tertusuk Besi Pengutip Sawit

Dua Pengurus IT Ditahan SPRM Terima Rasuah Bercuti Di Bangkok

21/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengurus syarikat komputer kerana disyaki menerima suapan berupa tiket penerbangan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd