• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pegawai Jabatan Belia Dan Sukan Didakwa Guna Dokumen Palsu

oleh AK-47
18/03/2025
dalam Jenayah
1
2 Pegawai Jabatan Belia Dan Sukan Didakwa Guna Dokumen Palsu
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban: Dua pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan menggunakan invois dan dokumen palsu berkaitan perkhidmatan fotografi serta promosi media sosial bagi perlumbaan motorcross Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Zon Selatan 2022, dua tahun lalu.

Tertuduh, Pegawai Belia dan Sukan, Rosdi Pilus, 50, dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Mohd Saiful Abdul Talib, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan bersama di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, mereka menggunakan dokumen sebagai tulen iaitu invois perkhidmatan fotografi, dokumentasi dan promosi media sosial bagi perlumbaan motorcross KBS Zon Selatan 2022 bertarikh 9 dan 13 Februari 2023 atas nama Ad Suria Enterprise keseluruhan berjumlah RM4,000.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan di Seremban pada Februari hingga Mei 2023.

Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum dua tahun, dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fatin Nur Athirah Zainuddin menawarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin warganegara bagi setiap tertuduh.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan kerana masing-masing menanggung isteri dan dua anak.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin warganegara.

Sementara itu, di kamar sama, Mohd Saiful tidak mengaku bersalah atas empat lagi pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu resit perkhidmatan pas petugas dan resit bayaran air mineral keseluruhan berjumlah RM1,133.60 bertarikh 10 hingga 12 Februari atas nama Puncak Pateh Enterprise dan Riang Tinggi Enterprise.

Kesemua kesalahan itu dilakukan pada masa dan lokasi yang sama.

Pendakwaan turut dikemukakan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama.

Mahkamah membenarkan Mohd Saiful dijamin RM5,000 bagi empat pertuduhan itu.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 16 April depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

-Harian Metro

Tags: Dokumen PalsuJabatan Belia Dan Sukan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Lelaki Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kes Tikam Penuntut Wanita

Next Post

Pegawai Kanan Keselamatan Hamas Maut Dalam Serangan Israel

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

Pesara Kerajaan Didakwa Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta

25/08/2024
0

KUALA TERENGGANU - Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Ahad atas 13 pertuduhan salah...

Setiausaha Syarikat Perladangan Tak Mengaku Guna Dokumen Palsu

Setiausaha Syarikat Perladangan Tak Mengaku Guna Dokumen Palsu

29/07/2024
2

Johor Bahru : Seorang setiausaha sebuah syarikat perladangan kelapa sawit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan...

Next Post
Pegawai Kanan Keselamatan Hamas Maut Dalam Serangan Israel

Pegawai Kanan Keselamatan Hamas Maut Dalam Serangan Israel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd