• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

oleh Mohd Arshad
07/02/2025
dalam Politik, Terkini
0
UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – UMNO menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik berhubung garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan atau upacara kematian orang bukan Islam yang sedang dibangunkan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, gesaan tersebut termasuk kepada semua pemimpin parti politik dalam kalangan bukan Islam khususnya buat parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

“Buat pemimpin-pemimpin parti politik terutamanya dalam kalangan bukan Islam termasuklah DAP, MCA dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang tampak begitu teruja untuk bersaing dalam mengeluarkan kenyataan, nasihat saya serahkanlah hal ehwal agama seperti ini kepada pihak berautoriti untuk membahaskannya secara ilmiah.

“Akhirnya, semua harus hormati kedudukan Majlis Raja-Raja Melayu yang berkuasa mutlak dalam menentukan apa jua hal yang berkaitan dengan hal-ehwal dan kepentingan Agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Rabu lalu dilapor berkata, kerajaan akan memperkenal garis panduan baharu untuk acara yang melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam.

Garis panduan terbabit termasuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa agama jika melibatkan umat Islam dan acara tersebut tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang boleh menyinggung sensitiviti umat Islam.

Usaha berkenaan bagaimanapun mendapat kritikan pelbagai pihak terutama daripada pemimpin dan parti politik bukan Melayu.

Asyraf Wajdi yang juga Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan menegaskan, semua pihak tidak seharusnya mempolemikkan isu garis panduan yang sedang Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) itu.

Menurutnya, ia kerana setiap warga Malaysia mesti meneruskan budaya hormat-menghormati dan bertoleransi dalam mengamalkan agama dan budaya masing-masing yang selama ini menjadi teras kekuatan serta keunikan Malaysia sebagai negara majmuk.

Kata beliau, garis panduan tersebut juga bukan bersifat peraturan atau perundangan kerana ia hanya sebagai pedoman dan pencerahan ilmu yang bermanfaat buat semua untuk memahami batasan serta sempadan dalam menyertai upacara perayaan dan ibadah agama lain.

“Garis panduan ini harus dilihat sebagai suatu yang positif untuk bukan Islam supaya sensitiviti umat Islam terhadap satu-satu amalan ritual yang boleh menjejaskan aqidah dapat difahami dan dihormati.

“Ia juga penting kepada umat Islam sebagai suatu asas yang menjadi parameter dan pedoman bagi memastikan adanya pencerahan mengenai batasan tertentu dalam apa jua bentuk amalan yang melibatkan perayaan dan ritual agama agar tidak sampai menjejaskan akidah yang menjadi teras keimanan seseorang.

“Contohnya, tiada masalah menghadiri upacara perayaan sesuatu agama sebagai manifestasi keharmonian hidup antara agama yang diamalkan selama ini. Namun, batasan menyertai ibadah ritual tertentu yang boleh menjejaskan akidah seseorang perlu dijadikan panduan untuk umat Islam,” ujarnya.

SinarHarian-

Tags: garis panduanislampolemikUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Op Sky: SPRM Dalam Fasa Lengkapkan Kertas Siasatan

Next Post

Kilang Haram E-waste Diserbu, Pemilik Warga China Ditahan, Rampasan RM21.83 Juta

Related Posts

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post
Kilang Haram E-waste Diserbu, Pemilik Warga China Ditahan, Rampasan RM21.83 Juta

Kilang Haram E-waste Diserbu, Pemilik Warga China Ditahan, Rampasan RM21.83 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd