• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada CIA, Tiada FBI – Fandi

oleh Mohd Arshad
09/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada CIA, Tiada FBI – Fandi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad mendedahkan siapa individu yang dihubunginya ketika aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Sabtu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Gambar yang menunjukkan Fandi memegang telefon bimbit dan sedang membuat panggilan kepada seseorang ketika meraikan jaringan pasukannya dalam perlawanan itu tular di media sosial.

Gambar yang kurang jelas itu mencetuskan pelbagai andaian daripada peminat dengan ramai antara mereka meninggalkan komen gurauan.

Pengendali dari Singapura itu bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau membuat panggilan telefon kepada juru analisis Sri Pahang sebelum jaringan itu dihasilkan.

“Cakap terus terang, saya tak peduli itu semua. Kita ada juru analisis dekat atas. Saya cuba hubungi dia sebab ada satu informasi kita perlu, sebelum kita cetak gol. Tiada CIA, tiada FBI, itu bola sahaja,” katanya sambil berseloroh.

Fandi berkata demikian ketika ditanya media selepas aksi Liga Super menentang Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam yang menyaksikan Sri Pahang tewas 0-2.

Mengulas mengenai persembahan pasukannya dalam perlawanan itu, Fandi menyifatkan ketumpulan jentera serangan dan tidak bernasib baik menjadi antara faktor pasukannya terpaksa akur tewas kepada Selangor.

Jurulatih berusia 62 tahun itu menjelaskan, pasukannya juga dilihat lebih mengharapkan Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo dalam mencari jaringan buat skuad Tok Gajah.

“Kita pun kurang bernasib baik juga kerana saya rasa dua atau tiga kali terkena palang gol. Saya pun tak tahu kenapa, permainan ada, semua bekerja keras, tapi mungkin kurang bernasib baik. Kita banyak sangat seri (sebelum ini), orang label kita pakar seri.

“Kita tiada pemain yang boleh menyudahkan jaringan yang dihidangkan, setakat ini hanya Kpah yang banyak menjaringkan gol. Jadi pemain lain harus kerja keras lagi untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan Sri Pahang kekal di kedudukan ke-11 dengan hanya mengumpul 16 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.

BHonline-

Tags: Fandi AhmadSri Pahang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Peru Selamatkan 123 Wanita, Gadis Daripada Eksploitasi Seksual

Next Post

Op Sky: 18 Individu Lagi Akan Dipanggil, Kata Azam Baki

Related Posts

Jangan Biar Stadium Nasional Jadi Laman Mereka

06/05/2017
0

SINGAPURA - "Kita tidak boleh biarkan Stadium Nasional bertukar menjadi laman mereka," kata ketua jurulatih skuad Pilihan Singapura, Fandi Ahmad...

Mangsa Maut Pelatih Terbaik Skuad Muda Fandi Ahmad

09/06/2015
0

SINGAPURA - Jenazah murid darjah enam, Ameer Ryyan Mohd. Adeed Sanjay, dan pemandu kembara, Muhammad Daanish Amran, 22 tahun, disembahyangkan...

Next Post
Op Sky: 18 Individu Lagi Akan Dipanggil, Kata Azam Baki

Op Sky: 18 Individu Lagi Akan Dipanggil, Kata Azam Baki

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd