Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

MBI Mandulkan Anjing Liar...

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak akan membunuh anjing liar yang ditangkap...

Sam Bunkface Bertunang Dengan...

VOKALIS band Bunkface, Sam mengakui sudah sebulan mengikat tali pertunangan dengan seorang penerbit...

J/kuasa Khas Tangani Kegiatan...

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan Tinggi mempunyai jawatankuasa khas untuk menangani awal penglibatan...

NGO Hantar Kaunselor Bantu...

GEORGE TOWN - Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) akan menghantar pasukan...

Mangsa Maut Pelatih Terbaik Skuad Muda Fandi Ahmad

SINGAPURA – Jenazah murid darjah enam, Ameer Ryyan Mohd. Adeed Sanjay, dan pemandu kembara, Muhammad Daanish Amran, 22 tahun, disembahyangkan di Masjid Ba’alwie sebelum dikebumikan pada Isnin.

Suasana hiba menyelubungi sekitar masjid di Lewis Road, Bukit Timah di sini apabila ramai penduduk setempat termasuk rakan-rakan allahyarham dan beberapa pemimpin republik itu menziarahi kedua-dua jenazah tersebut.

Mangsa adalah antara lapan rakyat Singapura, termasuk enam murid dan seorang guru Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS), yang disahkan terkorban dalam kejadian gempa di Gunung Kinabalu, Sabah pada Jumaat lalu.

Allahyarham Muhammad Daanish, bekas graduan kejuruteraan Nanyang Polytechnic di sini pula ialah petugas Camp Challenge yang aktif dalam sukan dan sering menyelia ekspedisi ke gunung tertinggi Asia tenggara itu

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Heng Swee Keat; Menteri Hal Ehwal Luar merangkap Undang-Undang, K Shanmugam; Setiausaha Parlimen Kanan, Hawazi Daipi dan Anggota Parlimen, Zainal Sapari.

Menteri Bertanggungjawab Hal Ehwal Masyarakat Islam, Dr. Yaacob Ibrahim yang juga hadir berkata bahawa ia satu tempoh yang amat sukar, dan adalah penting untuk masyarakat bersatu bagi mengharungi tragedi berkenaan.

Swee Keat ketika ditemui pemberita berkata Ameer Ryyan, dan Muhammad Daanish yang mengiringi rombongan pelajar itu, merupakan individu yang banyak memberikan inspirasi serta mesra dengan ramai kenalan mereka.

Beliau menambah dalam masa berdukacita ini, beliau tersentuh melihat orang ramai menghulurkan bantuan dan sokongan secara bersama, malah kementeriannya itu akan terus memberi sokongan kepada keluarga mangsa.

Sekumpulan kanak-kanak lelaki sebaya usia dari TKPS turut datang ke masjid itu dengan memakai baju kemeja putih yang bertulisan ‘Ameer Ryyan‘ di belakang baju mereka manakala ‘AR7 Forever In Our Hearts‘ di depan.

Puan Rayahu, seorang ibu yang anaknya Muhd. Lutfi, kebetulan sama kelas darjah dengan Ameer Ryyan; semasa melawat jenazah di Masjid Ba’alwie menyatakan bahawa ibu bapa kepada allahyarham Ryyan kelihatan tenang.

Ameer Ryyan yang merupakan anak sulung daripada dua orang adik-beradik, dalam kalangan penduduk tempatan disifatkan sebagai seorang pelajar TKPS yang sungguh pintar dalam pelajaran dan amat berbudi bahasa.

Allahyarham, yang turut menyertai Akademi Bola Sepak Fandi Ahmad, juga disifatkan oleh jurulatih skuad Lion XII, Fandi Ahmad dalam Facebook F-17 Academy, sebagai antara bakat muda bola sepak yang berpotensi besar.


“Ameer Ryyan seorang pelatih yang berbudi bahasa serta disayangi oleh semua orang yang mengenalinya. Bagi ibu bapanya, allahyarham adalah seorang anak yang baik dan tidak pernah mengecewakan harapan mereka.

“Apabila kami dapat berita Ameer terkorban, saya amat dukacita dan terkejut. Saya berharap lihat Ameer berjaya dalam bola sepak kerana sikap baik, disiplin, kemahiran dan ibu bapa menyayangi dan menyokong impiannya.

“Ia hari yang amat sedih untuk saya dan pasukan F-17 saya. Kami kehilangan salah seorang daripada ahli terbaik kami,” jelas Fandi menerusi entri di laman Facebook milik akademi sukan terkenal tersebut semalam.

Ketua jurulatih akademi itu, Steve Tan pula menyifatkan Ameer Ryyan sebagai antara yang berpotensi tinggi dalam skuad elit berkenaan, dan mengingatkannya kepada bekas pemain terkenal, Shahdan Sulaiman.

“Ameer Ryyan sentiasa prihatin dengan anggota pasukannya, serta dia juga pelatih yang gemar berjenaka, dan saya pasti akan merindui kehilangannya,” kata beliau dalam laman Facebook berkenaan.

Akademi tersebut juga melahirkan perasaan syukur apabila seorang lagi muridnya, Ronan Lim, yang kebetulan turut menyertai ekspedisi ke Gunung Kinabalu pada minggu lepas, disahkan selamat pulang ke Singapura.

Ronan dan para pelatih akademi tersebut yang lain dirakamkan menerusi laman Facebook itu turut bertafakur di padang selama seminit untuk Ameer Ryyan sebelum menjalani sesi latihan rutin mereka pada Ahad.

Dua yang terkorban itu antara 29 murid darjah enam Sekolah Rendah Tanjong Katong dan lapan guru pengiring ke Gunung Kinabalu bagi lawatan sambil belajar menerusi program tahunan kali ke-10 iaitu ‘Omega Challenge‘.

Stesen tempatan, Channel NewAsia melaporkan, operasi masih diteruskan bagi mencari seorang lagi pelajar, Navdeep Singh Jaryal Raj Kumar dan seorang guru, Mohammad Ghazi Mohamed. – Agensi/MYNEWSHUB/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori