Friday, February 14, 2025

Creating liberating content

Suruhanjaya Sekuriti Sedang Teliti...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang meneliti maklumat sedia ada mengenai...

Isu Cerai: Bukan Islam...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengekang masalah perceraian atas alasan yang remeh dalam...

Kuan Yau ‘Super Stupid...

KUALA LUMPUR - Tindakan Kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia, Hew Kuan Yau menghasilkan...

ADUN Seri Setia Kurang...

SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof. Dr. Shaharuddin...

PGA9 Gagalkan Cubaan Seludup Lembu, Barang Runcit Bernilai RM706,750

Rantau Panjang : Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dan barangan runcit dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM706,750 dalam dua serbuan berasingan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata pihaknya merampas pelbagai jenis barangan runcit seludup bernilai RM480,000 di sekatan jalan raya (SJR) Simpang Empat Salam, di sini, jam 2 petang semalam.

Katanya, ketika kejadian anggota bertugas menahan sebuah treler yang dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun, dalam keadaan mencurigakan sebelum membuat pemeriksaan keseluruhan di dalam treler terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat beberapa kotak mengandungi barangan seludup dipercayai dari Thailand. Mereka menggunakan modus operandi dengan menyorok kotak berkenaan di bahagian tengah di antara muatan yang mempunyai permit yang sah

“Anggota kemudian menahan pemandu serta merampas treler dan barangan runcit untuk dibawa ke Komtak PGA Taman Bakti, di sini sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi siasatan lanjut


“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, manakala bagi rampasan lembu seludup pula pihaknya merampas 13 lembu seberat 8,450 kilogram (kg) bernilai RM226,750 di hadapan sebuah premis di Kampung Bakong, Pasir Mas, jam 2.35 pagi, kelmarin.

“Anggota menahan lori dipandu suspek lelaki berusia 47 tahun, sebelum membuat pemeriksaan dan mendapati kesemua ternakan terbabit tidak mempunyai dokumen sah selain dipercayai dibawa seludup melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok.

“Suspek disyaki menjadi penghantar untuk menyeludup lembu berkenaan untuk pasaran tempatan. Anggota kemudian menahan suspek dan merampas lori serta lembu untuk tujuan siasatan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori