• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Pencarian Dua Pelajar Lemas Tertumpu Di Kawasan Lombong Pasir, Sangkar Ikan

oleh Mohd Arshad
18/02/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Operasi Pencarian Dua Pelajar Lemas Tertumpu Di Kawasan Lombong Pasir, Sangkar Ikan
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Operasi mencari dan menyelamat dua pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di sini tertumpu di kawasan perlombongan pasir dan sangkar ikan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, lokasi tersebut berada dalam radius 1 hingga 3 kilometer dari lokasi terakhir mangsa terjatuh.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian awal pasukan mencari dan menyelamat, kedua-dua mangsa berkemungkinan tidak jauh dihanyutkan arus sungai.

“Walaupun semalam ada sedikit hujan, tetapi paras air tidaklah tinggi dan keadaan pasir pula tiada halangan, jadi kemungkinan mangsa tidak pergi jauh.

“Buat masa ini kita tumpu di kawasan tersebut dan sekiranya Unit Anjing Pengesan (K9) dapat titik lokasi baharu, maka tumpuan operasi akan diperluaskan lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Isnin, mangsa, Muhammad Nazrin Haidar Mohd Hisham dan Muhammad Naufal Aiman Dzulkarnain masing-masing berusia 16 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muhammad Shah hilang dibawa arus ketika cuba mengambil bola yang jatuh ke dalam sungai.

Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa bersama tiga lagi rakan bermain bola di kawasan beting pasir sungai berkenaan.

Sayani berkata, operasi pencarian melalui kaedah ‘surface searching’ yang dilakukan pada sebelah pagi, gagal menemui kedua-dua mangsa.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat akan menggunakan kaedah pusaran air di titik lokasi kejadian bagi mendapatkan petunjuk baharu mangsa.

“Jika kemungkinan mangsa di bawah, maka dengan kaedah ini mangsa akan timbul.

“Harapan kita begitulah sekiranya mangsa tidak tersangkut sama ada di pasir atau sangkar ikan,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat disertai 69 anggota dengan menggunakan 12 bot melibatkan pasukan bomba, polis dan penduduk kampung.

Setakat jam 4 petang, kedua-dua mangsa masih belum dijumpai.

SinarHarian-

Tags: JBPM Perakpelajar lemas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pegawai Imigresen Hadapi 17 Pertuduhan Rasuah Urus Pelepasan Warga Asing

Next Post

Suspek Dikenali ‘Ah Boy’ Terbabit 5 Jenayah Lain Selepas Kes Tembak Di Setia Alam

Related Posts

4 Mayat Pelajar Politeknik Lemas Ditemui

20/01/2020
0

DUNGUN - Mayat terakhir pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), yang hilang dihanyutkan ombak ketika mandi di Pantai Teluk...

Next Post
Suspek Dikenali ‘Ah Boy’ Terbabit 5 Jenayah Lain Selepas Kes Tembak Di Setia Alam

Suspek Dikenali 'Ah Boy' Terbabit 5 Jenayah Lain Selepas Kes Tembak Di Setia Alam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd